Feed on
Posts
comments

Assalamualaikum wrt. wbt….

In the name of ALLAH, the Most Gracious, the Most Merciful

Semalam adalah tarikh bersejarah wat adik ana, Kimy..iaitu bermulanya SPM yang dinantikan sekian lama…huhu…All the BEST and Good LucK to you my dear sis, chayo2! *-*

To you dear sis,

Never ever settle for less than your BEST, k! Hopefully u’ll reach the sky, and become the Heart Specialist one day. Insya Allah. Al-Azhar University still waiting for you to accomplish your mission POSSIBLE..huhuhu….

Buatmu, adik yang dikasihi,

Tribut kenangan kita di Mesir. Sesket je, nak cite sume, kang ada yang nanges plak. ..k, ni ada nasyid Gemuruh untuk membakar semangat perjuangan di  Dewan Exam… k, luv always—–Banggakan Islam dengan result SPM yang gempak, contohi idola kita Nik Nur Madihah..pas ni leh turun di medan juang haraki membela Islam di kemudian hari.. Insya ALLAH…*-*

Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin kuburu

Bila bergema laungan gempita

Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa

Semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkerlipan

Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi

Segalanya kan pasti terbukti nanti

Gemuruh jiwa

Semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkerlipan

Menyerlah jauh dari yang biasa…

Menyerlah jauh dari yang biasa..

Menyerlah jauh dari yang biasa..

Chayo2x, Kimy! 

Man jadda wa jada. Wa man zaro’a hasoda! ALLAHU AKBAR!

 

Tribute: Our Memmories in Cairo.

29th of September 2007- 17th of July 2008

Banyak kenangan ana dengan adik ana Hakimah ni..hmm..time call die kelmarin, hanya kata-kata perangsang dan motivasi mampu ana ungkapkan..adik pun sedia maklum bahawa diri ana sering sibuk di kolej dan tak berkesempatan meluangkan masa dengannya apatah lagi mengajarnya.

Ana ingat lagi saat tinggal bersamanya ketika di Mesir. Adik masih mentah sewaktu diletakkan bawah tanggungjawab ana di sana. Macam-macam perkara yang telah berlaku sepanjang kami menetap di sana. Tanpa mak dan ayah, sememangnya pengalaman di sana banyak mematangkan diri especially bagi adik-adik ana, Hasanah, Hakimah dan Hafizul Haq. Adik lelaki ana Hafizul mendapat tarbiyah mantap dari ikhwah Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM)di Kaherah. Manakala adik ana Hakimah pula mendapat sentuhan tarbiyah tangan-tangan akhowat KPIPM sewaktu kami menetap di sana. Kami ditempatkan di tiga syaqoh (bilik) yang berbeza. Time adik nak ke sekolah, pagi-pagi dah ana memasak untuk bekalan mereka. Waktu tu teringat jerih-perih mak semasa kami kecil. Lepastu menghantar mereka hingga naik bas, waktu tu ayah lah yang ana ingat.. Allahuakbar..rindu itu kini sudah terubat. Tapi, ana pula sibuk di kolej. Mak dan ayah..rindu dan rindu…perjuangan memerlukan pengorbanan, dan rindu kita akan bertaut di Syurga-Nya..Insya Allah. Allahumma amin…

Kenangan di Mesir adalah kenangan yang paling sukar untuk ditelan, selain kenangan ditinggalkan mak dan ayah bila separuh dari keluarga kami berpindah ke Yaman. 10 bulan di Mesir telah melakar satu episod yang indah buat ana. Biarpun pelbagai kesusahan dan dugaan, namun ia terlalu berharga buat ana. Hikmah di sebalik apa yang berlaku, kadang-kadang membuatkan ana menangis sendiri. Terlalu bersyukur dengan aturan hidup kami sekeluarga yang telah Allah tetapkan. Biarpun banyak kehilangan, namun hikmah di sebalik kehilangan itu …terlalu sukar untuk digambarkan…Banyak perubahan yang telah berlaku terhadap kami sekeluarga sebagai hikmah hijrah yang telah dilakukan. Sebagaimana berat perpisahan dengan Malaysia, apatah lagi meninggalkan kolej dan sahabat-sahabat seperjuangan yang ana sangat2 rindui, begitulah juga agungnya sejarah hidup ana terlakar saat di sana. Begitu juga dengan ahli keluarga ana yang lainnya. Sebagaimana sukarnya berpindah ke Mesir hanya untuk belajar bahasa Arab dan mendapat tarbiyah dari bi’ah Islam di sana, sebegitu jugalah masing-masing merasakan satu perubahan besar dalam hidup ini kesan perpindahan tersebut.

Maha suci ALLAH, segala pujian hanya untuk-Nya! Subhanallah…ALLAHU AKBAR!

Kimy terlalu muda ketika ditinggalkan dengan ana di Mesir, itupun kerana pilihannya dan hasil perbincangan dengan ana. Biarpun jarak umur kami enam tahun, kami serasi bersama. Impian adik untuk menyambung pengajian di al-Azhar perlahan-lahan terpupuk dalam jiwanya. Tempat tinggal kami yang dekat dengan Universiti al-Azhar membuatkan jiwa kami sering merindukan peluang belajar di sana. Ana tidak mahu mematahkan semangat adik, biarpun ana tidak lagi berpeluang belajar di sana. Cukuplah sekali ana merasakan saat indah menjadi pelajar di sana. Sekali, hanya sekali. Ya, hanya sekali ana berpeluang masuk kelas di al-Azhar dan belajar dengan pelajar lain di sana. Walaupun tidak faham apa yang diajarkan kerana mereka menggunakan bahasa Arab ‘ammi (pasar) , namun ana cukup gembira.

Kimy pula terpaksa menyambung pengajian O-Levelnya di sekolah International di sana. Ya, menghantar dan mengambilnya dari sekolahnya yang jauh, kini hanya tinggal kenangan. Kimy banyak meluahkan apa yang dia rasa. Kadang-kadang kami menangis bersama. Adik sukar nak faham subjek Fizik dek kerana cara pengajaran dan bahasa yang digunakan. Kesian adik, bertungkus-lumus dia belajar, siang dan malam tidak berhenti. Ana pernah ke sekolahnya pada ‘Parent-Teachers Day’ untuk membincangkan masalah pelajarannya dengan gurunya namun, guru bagi subjek Fizik tidak hadir pada perjumpaan itu. Maka, niat kami sudah terbatal.  Walaupun kecewa, namun kami selalu gembirakan hati kami dengan window shopping. Kami tidak berduit di sana. Duit yang ada banyak digunakan untuk persekolahan dan kelas Bahasa Arab ana. Selain itu, duit sewa rumah dan perbelanjaan survival life. Oleh itu, bila bershopping kami lebih suka berjalan ke Cairo Mall dan kedai-kedai sekitarnya. Kadang-kadang membeli manisan, hmm…sedapnyer…

Sebut pasal manisan, ana rindu bangat sama ‘Ruz billaban’ ..ya Allah..sedap sangat2x…..nasi campur susu dan dibeli dalam keadaan sejuk. Bekasnya warna putih, kecil dan comel. Di kedai runcit memang ada. Memang makanan favourite ana kat Mesir selain ‘basbousa’, (manisan yang manis sangat2x). Ustazah Huda, yang mengajar ana bahasa Arab pernah wat Basbousa untuk kami, memang sedap ustazah wat..hmm…yummy2x…Selain tu, kalau kami berjogging sekitar sab’ah kami mesti berhenti beli ‘asir di kedai jus buah-buahan. Memang di mana-mana pun ada kedai ni, selain ‘asob (air tebu) kami selalu beli burtu’al (jus oren). Selain daripada tu, Kedai Roti lah paling best, sudahlah murah, banyak pula tu kita boleh dapat walaupun hanya 6 gneh( 6 junaihah-mata wang Mesir). Entahlah, semuanya tinggal kenangan.

Masa di Mesir, perjuangan dakwah ana hanya melalui internet. Ana tak banyak bercakap di sana kerana tidak ramai kenalan. Ana lebih banyak membuat kajian tentang purdah dan berkongsi pengalaman berpurdah dengan sahabat-sahabat di seluruh dunia melalui internet. Ana pun sangat suka berjalan dan meredah kota Kaherah ni, jika ana keluar untuk satu keperluan. Di sana, ana biasa berseorangan walaupun pelajar Malaysia tidak dibenarkan berjalan seorang di sana tanpa musyrif (lelaki yang ikut serta). Pada ana, adalah tidak logik untuk mana2 lelaki disusahkan untuk mengikut ana ke mana sahaja ana pergi kerana pelajar di sana adalah pelajar al-Azhar yang sibuk dengan kuliah. Sedangkan ana, hanyalah belajar bahasa arab 2 jam setiap pagi selama 5 hari. Itu saja. Tak mahu ana ditemani lelaki ke mana ana pergi. Tambah lagi, ana tidak mengenali mereka. Ana lagi selesa bersendirian, kerana ana ada banyak hal untuk keluar. Kadang-kadang nak pos surat untuk mak dan kawan2, nak beli barang dapur, nak beli keperluan apa2. Ana tak suka berteman lelaki yang tidak ana kenali. Kecuali bila malam, jika ana terpaksa ambil adik ana tuition dan pulang lewat malam, maka, ada yang menemani ana dan adik. Ana sendiri tak berani ambil risiko waktu malam kerana sememangnya ia bukanlah tempat yang selamat untuk pelajar Malaysia berjalan di waktu malam. Walaupun kasut ana semakin haus dek kerana terlalu banyak berjalan, namun ana seronok sangat2x. Pernah kaki ana tak boleh gerak dan sakit sangat2x. Adik-adik ana marah sebab ana banyak sangat berjalan. Seriously, ana tak suka naik bas di Mesir walaupun hanya 15 gneh. Tapi, apa yang ana bimbang adalah percampuran lelaki dan perempuan yang terlalu bebas. Berlanggar dan berhimpit sana-sini adalah pantang bagi ana. Lebih baik bagi ana untuk berjalan walaupun berkilometer jauhnya…tapi, ana masih waras, kalau tempat yang ana nak tuju memang jauh sangat, ana naik bas atau tramco (van bawa orang). Banyak cara hidup manusia ana dapat perhatikan. Ana berhenti di mana2x bersembang untuk melatih bahasa arab dan kembali berjalan, ke kedai buku Darussalam yang selalu ana kagumi sewaktu di Malaysia, ke Universiti al-Azhar dan melihat pelajar-pelajarnya dari luar, ke kedai-kedai, pejabat dan program PMRAM (Persatuan Pelajar Melayu Republik Arab Mesir). Adik ana pernah membuatkan ana cukup terharu dengannya. Ana pernah minta adik kejutkan ana pada satu malam, kerana ada kerja yang sangat penting untuk ana bereskan. Ana pesan padanya untuk menyimbah ana dengan air andainya ana tidak mahu bangun. Ini memang pesanan biasa ana untuk mereka yang ana pesan tolong kejutkan ana. Tapi, adik ana lain sikit. Dia benar-benar menyiram muka ana dengan air. Ya Allah, terkejut sangat2 ana, rupa-rupanya kerana dia risau ana tak siapkan kerja yang ana kata penting dan nak beres cepat tu…huhu…bagus2x…

Ana sebenarnya cukup kecewa dengan Mesir. Racun sekular yang telah merebak di sekitar Mesir, terutama Kaherah, cukup membuatkan ana sedih. Cara hidup dan gejala sosial yang melanda sangat merisaukan dan menggusarkan ana. Pemerintah Mesir yang tidak mengutamakan pengamalan undang-undang Islam adalah antara faktor mempengaruhi rakyat dan undang-undang Mesir itu sendiri. Ana sebenarnya cukup terhiris saat melalui Penjara Tentera Mesir yang pernah menyeksa tubuh al-fadhilah Zainab al-Ghazali rahimahullah, al-fadhil as-Syahid Syed Qutb. Ana juga sangat terkesan dengan jaulah kami sekitar Kaherah. Banyak makam2 ulamak kami ziarahi di sana termasuk makam as-Syahid Imam Hassan al-Bana yang sepi dan jauh dari hiruk-pikuk kota Kaherah. Mereka telah lama pergi meninggalkan kita..namun semangat mereka masih segar membara di hati kami.

Ana nak cerita kisah salah seorang pejuang agung Mesir, as-Syahid Syed Qutb rahimahullah.

Senyum Mujahid-Menuju Syahid…

Dilahirkan dalam tahun 1906 di sebuah kampong di dalam wilayah As-yut, Mesir, dari satu keluarga berada yang patuh beragama. Sejak di bangku sekolah rendah lagi telah menunjukkan kepintaran dan bakat yang luar biasa. Telah tamat hafal al-Qur’an ketika berumur 10 tahun. Meneruskan pelajaran di Cairo hingga tamat dari Cairo Universiti.

Berminat di lapangan penulisan dan sastera sejak dari bangku sekolah rendah dan buku karangannya yang pertama diterbitkan ialah sewaktu beliau berumur 25 tahun.

Di lapangan sastera beliau telah terpengaruh oleh aliran al-Akkad seorang pujangga Arab yang terkemuka di abad ini. Kemudian beliau memilih alirannya sendiri sebagai seorang sasterawan dan pujangga Islam hingga ke akhir hayat.

Mulai menjadi anggota pertubuhan al-Akhwanul Muslimun (Ikhwanul Muslimin) pada akhir tahun empat puluhan. Sangat terpengaruh dengan keperibadian dan perjalanan hidup pengasas dan pemimpin agung pertubuhan ini Syeikh Hassan al-Banna yang telah ditembak mati oleh kakitangan Kerajaan Malik Faruk dalam tahun 1948.

Di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin, Syed Qutb pernah diberi kepercayaan memimpin majalah al-Akhwanul Muslimun, suara rasmi pertubuhan yang berkenaan hingga penerbitannya dilarang oleh pihak yang berkuasa.

Pernah dilantik mewakili pertubuhannya di dalam badan-badan pemerintah setelah kemenangan revolusi Mesir pada 23 Julai  1952, hasil kerjasama pertubuhannya dengan pegawai-pegawai muda di dalam Angkatan Bersenjata Mesir.

Di dalam tahun 1954 beliau telah dihukum penjara selama 15 tahun kerana dituduh berkomplot membunuh Presiden Jamal Abdul Nasser, tetapi dengan campur tangan bekas Presiden Abdul Salam Arif dari Iraq, beliau telah dibebaskan pada akhir tahun 1964. Selang tak beberapa bulan kemudian beliau telah ditangkap semula dan dibicarakan oleh sebuah Mahkamah Khas Tentera, di mana as-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman mati di tiang gantung bersama dua orang rakan seperjuangannya, iaitu Yusuf Hasy dan Abdul Fattah Ismail. Bila ditanya tentang hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu beliau telah menjawab sambil mengulum senyum dengan katanya: “ mati syahid”.

Buku terjemahan Petunjuk Sepanjang Jalan adalah merupakan hasil karyanya yang terakhir, yang ditulis sebahagiannya di dalam penjara.

Subhanallah walhamdulillah.

Perjuangan as-Syahid Syed Qutb rahimahulah adalah bagi menegakkan kalimah LA ILAHA ILLA-ALLAH, MUHAMMADU-RASULULLAH..

Jika engkau tewas di medan JIHAD,

Gelaran SYUHADA Allah memberi,

Arwah-arwah pahlawan senyum melihat,

MUJAHID bangga melepas pergi.

 

(Getusan dari senikata lagu “ Pemuda Islam” oleh saudara Ahmad Baqi dari Indonesia).

 

Buatmu as-Syahid Syed Qutb

Aku bangga dengan imanmu

Aku kagum dengan perjuanganmu

Moga bangga dan kagumku padamu bukan sia-sia

Menjadi inspirasi dan motivasi diriku

Berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Moga syahid atau kemenangan buat kami

Moga Allah pertemukan aku dengan kalian para ulama’ haraki silam

Aku suka sangat pada diri kamu, keberanian kamu dan keteguhan  iman kamu dalam membela agama-Nya

Kuyakini janji Allah itu benar belaka.

Ya Allah kurniakan syahid buat kami, dan thabatkan kami dalam perjuangan ini. Amin ya Rob.

 

Setiap hari kita suntik semangat juang buat para Ansorullah..!

Moga hari esok dan hari seterusnya menguntumkan semangat mujahadah yang rela mati demi Allah!

Wahai Mujahideen dan Mujahidaat kebanggaan Rasulullah, kau pilihan-Nya! TERUSKAN PERJUANGAN!

Wallahua’lam.

Alhamdulillahi ‘ala kullihalin wa ni’matihi.

Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum wrt. wbt,

Sahabatku..

Maafkan aku andai warkah ini hadir tika dirimu masih dingin terhadapku.

Maafkanku andai pandanganku berbeza darimu.

Ketahuilah aku ini manusia hina yang mempunyai banyak dosanya.

Moga warkah ini dapat kau baca dalam keadaan hati yang tenang kerana aku menulisnya dengan bahasa yang baik dan lemah lembut terhadapmu. Kerana kau sahabatku..

Semoga warkah ini tidak bercampur dengan emosi hasil hasutan syaitan dan nafsu agar kita sentiasa di bawah naungan dan kasih sayang Allah s.w.t… Ya Allah kepada-Mu aku berserah diri dan seluruh hidupku..

Sahabatku,

Maafkanku kerana terus menyokong GMS yang kukasihi. Ia adalah perjuangan kita untuk Islam. Agar mereka yang tertindas tidak terus dizalimi dengan sesuatu yang tidak tertaklif atas mereka…Aku tahu bahawa kau bersetuju dengan kami pada awalnya, namun setelah demonstrasi, kau mula tidak bersetuju dengan kami. Sahabatku, aku ingat lagi terpandang dirimu yang bersemangat berdemonstrasi di barisan belakangku. Semangatmu dan kesungguhanmu berjalan dalam payah di tengah terik mentari, membuatkanku terharu.

Masih aku ingat kau bertanya padaku tentang demonstrasi pada hari sebelumnya.

Aku ingat lagi jawapanku mudah. “Aku tidak akan melakukan kerja gila ini melainkan kerana Allah”. Hanya satu dalam fikiranku ketika itu bahawa ia terlalu berat bagimu seperti yang pernah kau nyatakan. Ya, kerana ia ada melibatkan kepentingan peribadimu…dengan sebab itu kau berkali-kali memohon maaf sebelum itu ketika pendokong GMS gigih mengadakan speaker corner dalam agenda GMS. Kau juga tidak terlibat dengan sebarang perbincangan dan susun atur gerak kerja GMS yang telah sekian lama…justeru, aku faham perasaanmu sahabatku..dengan sebab itu jugalah aku menghormati pendirianmu untuk tidak berdemonstrasi bersama kami..kerana kau tidak pernah mengerti segala gerak kerja dari awalnya..tak ngapa, aku faham itu…namun kau turun juga berdemonstrasi bersama kami…hanya Allah yang tahu bagaimana gembiranya diri ini…perjuangan ini adalah perjuangan mahasiswa..ya, ia perjuangan kita semua…demonstrasi adalah untuk mendesak mereka…dalam erti kata lain menunjukkan pada mereka bahawa kita bukan semudah itu untuk ditindas..ya, mahasiswa punya suara..suara itulah yang kini menjadi igauan ngeri mereka….akhirnya baru mereka tahu bahawa segala rundingan selama ini tidak boleh sama sekali mereka memandang dengan sebelah mata dan membakul sampahkan segala cadangan dan permintaan kita di pihak mahasiswa…

Kau bersetuju denganku, ya, itu pasti. Aku juga tidak tahu bahawa Allah akan membuka pintu hatimu untuk berdemonstrasi bersama kami. Sedangkan kau jarang sekali mengikut aku ketika mendengar penerangan tentang GMS, ya aku faham itu. Terlalu banyak gerak kerja yang tidak kau sertai bersama sahabat-sahabat kita dalam GMS….pihak GMS sememangnya memaafkan dirimu untuk itu…moga dirimu juga sudi memaafkan diriku kerana tidak memaklumkan semua gerak kerja dari awal kerana kesibukanku melayan karenah adik-adik usrahku yang pelbagai ragam dan kemahuan…maafkanku sahabatku, aku terlepas pandang untuk membantumu…Ya Allah, ampunkan aku….

Sahabatku yang kuhormati,

Aku terlalu rapat dengan mereka, para pendokong GMS. Aku kenal mereka luar dan dalam. Kami bagaikan isi dan kuku. Malah kami juga tinggal bersama. Apakah pantas aku menerima bulat-bulat hujah mereka untuk memperjuangkan GMS? Aku tahu segala soal hidup dan peribadi kebanyakan dari mereka…bukanlah kerana kepentingan mereka soal yuran ini dibangkitkan, malah mereka tidak punya sebarang kepentingan..ia adalah untuk sahabat-sahabat dan adik-adik kita di KUIS ini..ya, untuk adik-adik yang bakal menuntut ilmu di KUIS pada masa hadapan…jika bukan pihak GMS yang berani tampil bersuara bersama barisan penyokongnya, maka siapa lagi yang ingin kita harapkan wahai sahabat…dan jika bukan sekarang, bilakah lagi kita mahu membela mereka yang tertindas dan zalimi…ya, mengapa aku menyatakan ini…ya, kerana terdapat bahagian yang boleh dikurangkan dari yuran kita sebenarnya…semoga Allah membuka hijab kita untuk segala penyelewengan yang berlaku selama ini… Allahu ma’ana…

Aku sudah lama bersama mereka. Tentu kau pun tahu bagaimana rapatnya kami. Bahkan kau juga sentiasa bersama kami selama ini. Susah dan senang dalam perjuangan sudah kita rasai bersama. Setiap isu yang dikupas, sudah kita teliti bersama. Bukan sekejap perbincangan kita untuk menyokong gerak kerja sahabat-sahabat kita dalam GMS, tapi sudah lama…ya, sudah lama. Aku juga turut sama dalam perbincangan bersama mereka selama ini. Kau pun tahu kesibukanmu membataskan waktu untuk berbincang bersama mereka.. Akibatnya, kau semakin jauh dan jauh dari kami…Kau gagal memahami hasrat perjuangan sahabat-sahabat kita dalam GMS..

Sahabatku, aku sedih..aku kecewa dengan sikap dan tindakanmu…maafkanku sahabat andai aku ini mengguris hatimu. Maafkanku kerana tidak mahu lagi berhujah denganmu sekian lama…aku cukup terhiris dengan perbuatanmu terhadap sahabat-sahabat kita yang memperjuangkan GMS. Mereka telah lama bersusah-payah..mereka sudah lama menderita untuk membela sahabat-sahabat lain yang tertindas…sahabatku, apakah yang telah menggoncang pendirianmu, memutarkan pandanganmu dari memandang kami…sahabatku, apakah impian kita selama ini sia-sia bagimu….sahabatku, bagaimana harus kita mengemudi bahtera perjuangan ini, andai kau tidaklah lagi seiring dengan kami…bukankah terlalu banyak lagi impian kita untuk Islam? Bukankah kita punya hasrat yang sama untuk melihat anak-anak Muslim terdidik dengan nilai tarbiyah yang sebenar..didikan sempurna yang kita ingin bawakan dalam sistem pendidikan di Malaysia ini..yang membuatkan mereka merasakan hidup bertuhan dan mengamalkan Islam dalam seluruh kehidupan…

Sahabatku yang dikasihi Allah,

Kenangan bersamamu masih segar dalam ingatanku. Bukan sekali pandangan kita berbeza, namun akhirnya kita masih menemui titik persamaan. ..Sahabatku, kuharap masih ada waktu bagi kita untuk menghitung kesilapan kita..sahabatku, selama aku bergelar pelajar di kolej kita tercinta ini, aku sudah terlalu banyak makan asam garam kehidupan sebagai pelajar.. Kau pun tahu bahawa aku sudah memegang tampuk kepimpinan pelajar dalam pelbagai aspek. Bukan kau tidak tahu bahawa aku telah rasa kesusahan mereka dan aku faham penderitaan adik-adik kita di KUIS ini.. aku tahu, bukan aku sahaja yang tahu susah –payah mereka mencari rezeki untuk menampung pengajian mereka di kolej ini. Bahkan kau cukup arif tentang itu…ya, kau pun tahu betapa sukarnya berada di tempat mereka…kerana kau pun terhimpit dalam masalah hidup yang sama seperti mereka…

Sahabatku,

Aku tahu benar bahawa ada anasir luar yang telah mengubah persepsimu terhadap pendokong GMS. Aku tahu bahawa ia bermula dari perkara-perkara yang dihebahkan di seluruh kampus..bahkan, aku juga mungkin terpedaya dengan mereka. Namun, aku bukanlah seorang yang mudah mempercayai dengan bulat-bulat khabar angin yang dihebahkan…maka aku menyiasat di mana puncanya. Sahabatku, ketahuilah bahawa ia berpunca dari tiga perkara iaitu yang pertama: Praktikal, kedua biasiswa dan ketiga isu gaji haram..sama-samalah kita bermuhasabah kembali wahai sahabatku… Ya, tawaran praktikal yang dibatalkan oleh syarikat lain terhadap pelajar KUIS. Bukankah ini melibatkan masa depan KUIS?

Justeru sahabatku, aku sudah pergi bilik ke bilik di asrama, dan aku tidak menemukan walau seorang pun yang mengaku bahawa tawaran praktikalnya dibatalkan. Tidak ada walau satu buktipun bahawa praktikalnya ditarik kesan dari demonstrasi…maka, tidaklah wajar pada pandanganku untuk aku dan juga dirimu agar menghukum pihak GMS dan tidak menyokong usaha GMS hanya kerana khabar angin yang dusta belaka. Begitulah juga dengan biasiswa yang ditarik semula..bukankah tidak ada buktisehingga kini, bahawa biasiswa ditarik.. wahai sahabatku..sedarlah bahawa ini semua hanya ugutan dan ancaman yang ditujukan untuk mahasiswa agar menjauhi GMS. Mereka hanya mewujudkan provokasi untuk memecahbelahkan kesatuan kita sebagai mahasiswa yang mempunyai kesedaran. Ingatkah kau wahai sahabatku bahawa ugutan ini hanyalah sekadar provokasi seperti yang diperakui oleh dekan JPM sendiri sewaktu HIMSIS? Bukankah ia adalah gertakan semata-mata untuk menakut-nakutkan mahasiswa?Ya, kau pun tahu bahawa ia adalah provokasi murahan dari pihak mereka…justeru sahabatku, aku tidak nampak adanya sebab untuk kau berpaling dengan tindakan mereka ini.

Sahabatku, andainya benar khabar angin ini, maka kupohon dirimu untuk menampilkan bukti-bukti mahasiswa yang menjadi mangsa kerana di pihak aku dan GMS tidak pernah menemukan sebarang bukti..sedarilah wahai sahabatku, kita hanya diperbodoh-bodohkan dengan provokasi murahan yang hanya bertujuan menakutkan pelajar-pelajar yang tidak tahu undang-undang dan tidak yakin dengan pendiriannya…Fikirkanlah wahai sahabat, di manakah wajarnya pihak syarikat membatalkan praktikal hanya oleh kerana isu yuran yang domestik ini? Sedangkan ia adalah soal kebajikan mahasiswa. Ke mana pula pihak syarikat di tika kita mengadakan demonstrasi Palestin pada semester yang lepas dan tiada apa-apa tindakan yang diambil.. Lihatlah sahabatku , di manakah bezanya? Bahkan pihak pentadbiran sendiri pernah bersama-sama dalam demonstrasi Palestin satu masa dahulu di KUIS, masihkah kau ingat wahai sahabatku…Namun, seandainya benar, adanya mahasiswa yang diancam dan diugut, maka di sini inginku alu-alukan mereka yang terlibat untuk tampil ke muka pengadilan dan laporan aduan bolehlah dibuat kepada Unit Perundangan GMS- 0132986339.

Sahabatku,

Ingatkah kau akan perjuangan kita selama ini? Mengapa kau membelakangkan sahabat-sahabat kita dalam GMS sedangkan kau begitu jelas akan matlamatnya iaitu untuk menurunkan harga yuran. Apakah yang membuatkan kau keliru dengan kami.. ketahuilah wahai sahabatku, kerisauan dan kelemahan pihak yang berkepentingan tidaklah perlu menggoncang pendirianmu untuk terus menyokong pihak GMS….ketahuilah bahawasanya segala ancaman, ugutan, fitnah dan cacian adalah perangkap kepada pejuang kebenaran..ia hanyalah mehnah dan tribulasi dalam kita menegakkan keadilan..usahlah kita mudah terpedaya dengan anasir yang ingin melemahkan semangat dalam kita menegakkan kebenaran… …wahai sahabatku yang dikasihi Allah, mungkin aku hadir sebagai asbab teguran dari Allah buatmu, pasti Allah mencintai dirimu….wahai sahabatku, ketahuilah bahawasanya dirimu terlalu berharga buat kami…setiap hari ada sahaja yang mengeluh dengan tindakanmu yang makin jauh dan jauh dari matlamat perjuangan kita..wahai sahabatku, ketahuilah bahawasanya terlalu banyak yang tidak kau ketahui tentang GMS, justeru, ayuh, rasailah perasaan tenang yang kami miliki bersama GMS..ketahuilah sahabatku hati kami cukup yakin bahawa Allah bersama kami dalam perjuangan ini…aku harap kau tidaklah melakukan perkara-perkara yang akan membuatkan dirimu dipandang serong oleh mereka lainnya…sikapmu cukup mengguriskan hati kami..namun kuakur tindakanmu adalah kerana kejahilanmu tentang segala perancangan GMS..

Ketahuilah wahai sahabatku dunia dan akhirat, kau terlalu istimewa dengan kelebihan yang Allah kurniakan buatmu..namun kutetap berharap agar kelebihanmu itu terus-terusan digunakan untuk Islam…wahai sahabatku yang kuhormati, moga sedikit sebanyak coretanku ini bisa melembutkan hatimu…kuharap agar persahabatan yang telah terbina bertahun lamanya antara kita dan para pendokong GMS akan kekal hingga ke Syurga…

Sahabatku,

Walau apa pun yang terjadi, aku tetap dengan pendirianku bersama GMS..Mereka telah banyak mentarbiyah diriku, bahkan amalan hidup mereka sering membuatkanku merasakan diriku hina..justeru, tidak pantas aku sangsi dengan mereka..bahkan aku cukup mengenali para pimpinan GMS yang merupakan para mahasiswa yang mempunyai sahsiah yang baik mahupun akademik yang cemerlang…sahabatku, sesungguhnya segala fitnah yang dilemparkan perlulah kita perhalusi dan sama-sama menilainya kembali, apakah tidak kau kenali MT GMS itu sendiri, bahkan aku cukup mengenali mereka…ya, mereka semua sama ada muslimin atau muslimat, kesemuanya adalah terdiri daripada para mahasiswa yang telah mendapat anuugerah dekan bahkan selalu, dan result mereka rata-ratanya adalah maintain 3.00 ke atas..sahlah, bahawa hanyalah fitnah sahaja khabar angin yang mengatakan mereka terdiri dari pelajar yang bodoh dan tidak success dalam akademik…fitnah wahai sahabatku, fitnah semata-mata. ..kau pun lebih arif tentang mahasiswa di kolej kita..ya, mereka suka menyampaikan tanpa bukti…hinggalah tersebarnya khabar angin dengan berleluasanya..sedarlah dan ingatlah sahabat-sahabatku bahawa pimpinan GMS kebanyakannya tidak diketahui namanya oleh mahasiswa di kolej…oleh yang demikian, bagaimanakah pada pandanganmu, mereka bisa mentafsir para pimpinan GMS sebagai orang-orang yang terdiri dari yang rendah tahap akademiknya, sedangkan mereka sendiri tidak kenal para pimpinan GMS kecuali presidennya Ahmad Syafiq Akmal, sesungguhnya sahabatku, kau lebih arif tentang beliau berbanding diriku, bukan sahaja beliau naqib yang sangat mantap bagi adik-adik usrahnya di masjid, bahkan seorang presiden PERMAS dan setiausaha ALAM yang cukup komited…tahukah kau bahawa beliau adalah pelajar yang kerap menerima anugerah dekan ..bukankah kau pun sedia maklum bahawa aku dan dia ditugaskan di bahagian Pembangunan Insan untuk minggu ta’aruf? Ya, adik inilah yang aku pernah ceritakan padamu, yang baik akhlak dan cara kerjanya..ketahuilah sahabatku, beliaulah kebanggaan pensyarah dek kerana keputusannya yang sering cemerlang di dalam pelajarannya…kajilah sahabatku, kajilah tentang tokoh-tokoh GMS yang aku hormati..tentu kau juga suka mengenali mereka biarpun kau hanya memandang dari jauh…tentu kau juga akan merasa tenang dan seronok membantu dan menyokong perjuangan mereka…

Sahabatku,

Tidaklah perlu bagiku untuk kau takut, dan bimbang bahawa kehadiran GMS akan membuatkan ada antara adik-adik penyokongnya dibuang KUIS termasuk aku..Tidak sama sekali wahai sahabatku, aku sudah berbincang dengan mereka untuk hal ini, bahkan mereka tidak berat mulut langsung untuk menjelaskan..kesetiaan mereka teguh apabila kesemua mereka tekad menurunkan yuran walaupun wujudnya ancaman bahawa akan diberhentikan kolej..keberanian dan keyakinan mereka meyakinkan diriku…bahawa segala perancangan teliti telah disusun rapi dengan penuh yakin membuatkan mereka mengingatkanku bahawa aku tidaklah perlu risau…ya, kerana rezeki itu dalam kekuasaan Allah..tidak pernah terkurang dan terlebih dari apa yang telah tertulis untukku di Luah Mahfuz..ya, sebelum kita lahir lagi soal rezeki kita semua telah ditulis Allah….

Sahabatku, bila aku mempersoalkan tentang kesanggupan KUIS membuang para penyokong GMS yang ramai ini…mereka mengingatkanku bahawa setiap pelajar itu cukup berharga bagi KUIS…ya, aku juga tahu itu dan aku teringat bahawa pihak pentadbiran cukup gigih dalam usaha menambah pelajar di KUIS hinggakan tawaran yang lumayan diberikan kepada mahasiswa yang berjaya menarik orang lain mendaftar di KUIS. Lagipula, KUIS nak mencukupkan pelajar hingga mencecah 10,000 mahasiswa sebagai persediaan dinaik taraf kepada sebuah universiti. Oleh yang demikian sahabatku, setiap daripada kita termasuk kau dan aku adalah aset yang terlalu berharga buat KUIS, kau pun tahu betapa lamanya aku berada di dalam jawatankuasa ta’aruf selama ini, semenjak tahun 2005 lagi sewaktu aku mengambil jurusan diploma dan aku masih meneruskannya sehingga kini, tentulah aku ingat lagi betapa terdesaknya KUIS untuk menambah kemasukan pelajar saban tahun bagi memenuhi prasyarat untuk dinaik taraf menjadi universiti..ketahuilah sahabatku, walau apa sahaja yang mereka lakukan untuk mengugut para pendokong dan penyokong GMS, tidaklah mungkin mereka tergamak untuk membuang kita dari kolej.

Ya, sahabatku..Sedarlah bahawasanya KUIS terlalu menganggap kita sebagai sesuatu yang nilainya bersamaan dengan duit. Kita sedia maklum bagaimana setiap kita bernilai puluhan ribu bagi KUIS, justeru, usah risau sahabatku yang kuhormati..ugutan dan ancaman mereka laisa mumkin abadan akan berakhir dengan penyingkiran kita dari kolej.. insya Allah..letaklah keyakinanmu pada Allah dalam soal rezeki…maka kau akan tenang…

Ya, paling buruk sekali yang mereka mampu lakukan adalah membuang presiden GMS dan pendokong kuat GMS dari kolej. Ketahuilah sahabatku, mereka tidak pernah gentar dalam perjuangan membela hak sahabat-sahabat mereka yang tertindas ini..justeru usah dirimu risau akan mereka kerana sama sekali mereka tidak gentar.. ketahuilah bahawa GMS telah menyediakan barisan peguam yang hebat untuk membela mereka. Bahkan, mereka juga tidak menghiraukan provokasi murahan dan ancaman pihak yang berkepentingan terhadap mereka…moga dirimu semakin jelas dengan penjelasanku ini, wahai sahabat yang dikasihi Allah…

Sahabatku yang kusegani,

Ketahuilah bahawasanya tidaklah terlintas langsung di hati kami untuk melukakan hati para pensyarah kita di KUIS ini..bahkan kita sangat menghormati dan mengasihi mereka..merekalah tempat kita berpaut selama ini sebagai menggantikan ibu bapa kita yang jauh di kampung…namun, dek kerana fitnah yang dilemparkan, mereka pula yang berasa hati dengan GMS…seperti yang dirimu sedia maklum, mereka menyangkakan bahawa para pendokong GMS telah menyatakan bahawa mereka makan gaji haram..sedangkan pihak GMS menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan itu…mereka tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu terhadap para pensyarah yang dihormati…lihatlah sahabatku, sesungguhnya kesedihan para pensyarah itu hanyalah berkisar fitnah yang dilemparkan…justeru kata-kata mereka bahawa mereka tidak redha dengan para pendokong GMS itu hanya Allah sahaja yang dapat memaafkan, kerana sesungguhnya pihak GMS tidak pernah menyakiti para pensyarah. Bukan itu sahaja, seperti yang kau sedia maklum wahai sahabatku, ada kalangan pensyarah yang tidak halalkan ilmu.. terhadap pendokong GMS yang berada dalam kuliahnya….inilah yang menyedihkan diri ini, namun dek kerana kesabaran yang dipupuk selama ini, para pendokong GMS tidak pernah berputus asa…bagiku, soal halalnya ilmu atau tidak oleh pensyarah itu bergantung kepada sebab , dan sebabnya di sini hanyalah kerana fitnah yang dilemparkan kepada GMS dan pensyarah mempercayainya..oleh itu ke ‘tidak redha’an pensyarah dan ke ‘tidak halalan ilmu’ oleh mereka tidak terpakai insya Allah…sesungguhnya Allah Maha Mengetahui perbuatan hamba-hamba-Nya.

Sahabatku, kuharap isu gaji haram ini bukanlah menjadi hujahmu biarpun ia sudah menjadi buah mulut masyarakat kampus..perlulah kita nilai bersama sejauh mana kesahihan khabar angin ini sebelum kita mudah menuding jari tanpa usul periksa kepada mana-mana pihak..kerana sahabatku, kau pun tahu pabila mana sahabat-sahabat GMS menegaskan berkali-kali bahawa kenyataan pensyarah makan gaji haram bukanlah datangnya dari mereka.. maka berdosalah kita andainya mencemarkan dan memburukkan pihak GMS sedangkan mereka tidak pernah mengeluarkan kenyataan begitu…wahai sahabatku, sama-samalah kita bermuhasabah kembali dan menjahit kembali sejadah iman yang terkoyak dek kerana ada langkah-langkah yang mungkin tersasar dari keikhlasan…

Sahabatku,

Moga warkah ini menghadirkan ketenangan dalam hatimu.

Marilah bersama kami dalam menegakkan kebenaran ini dan membela mereka yang teraniaya. Sesungguhnya, nilai perjuangan itu terlalu sukar untuk ditafsirkan kerana hikmahnya ada di kemudian nanti. Hanya yang benar-benar ingin memahaminya, akan dibukakan pintu hati oleh Allah untuk teguh berdiri di medan perjuangan ini. Sesungguhnya sahabatku, segala mehnah dan tribulasi yang mengganggu gugat emosi dan perasaan kita haruslah ditanggapi dengan zikrullah dan taqwa yang telah terbina dalam diri kita selama ini.

Sahabatku,

Terima kasih atas segala teguranmu, kini terimalah teguran yang tulus dari hatiku untukmu ini..moga dikau memberi peluang untuk kami menjelaskan segala-galanya dan tidak menghukum kami terus-terusan begini. Moga kesilapan kami tidak menceritakan segala gerak kerja para pendokong GMS selama ini dapat kau maafkan. Tetaplah dirimu teguh di medan perjuangan, wahai sahabatku!

Aku dan para pendokong GMS akan sentiasa bersahabat denganmu walau kita berbeza pandangan..semoga selepas ini, pandangan kita dapat menemui titik persamaan semula seperti mana sebelum ini..buatmu sahabat kudoakan yang terbaik buatmu.

Salam ukhuwah dari sahabatmu.

Wassalam.

Nasyid Bingkai Kehidupan ini kutujukan buatmu sahabatku,

Mengharungi samudera kehidupan..

Kita ibarat para pengembara..

Hidup ini adalah perjuangan..

Tiada masa untuk berpangku tangan..

Setiap titis peluh dan darah ..

Tak akan sirna ditelan masa..

Segores luka di jalan Allah..

Kan menjadi saksi pengorbanan..

Allahu ghoyatuna

Ar-Rasul qudwatuna

Al-Qur’an dusturun

Al- jihad fi sabiluna

Al-mautu fi sabilillah

Asma amalina..

Allah adalah tujuan kami..

Rasulullah teladan kami..

Al-Qur’an pedoman hidup kami..

Jihad adalah jalan juang kami..

Mati di jalan Allah

Adalah cita-cita kami tertinggi…

Ya Allah, permudahkanlah semua urusan Mukmin dan Mujahideen di seluruh dunia..

Kasihi mereka, rindui mereka, cintai mereka..

Izinkanlah mereka melihat wajah-Mu satu hari nanti ya Rob..

Pilih mereka untuk mendiami Syurga-Mu..

Balaslah cinta mereka ya Allah…

Mereka tinggalkan segalanya untuk-Mu…

Hanya untuk-Mu..

Ya Allah, kepadamu kuserahkan segalanya.

Allah..Allah…Allah……Allahuakbar!

Wallahua’lam.

Assalamualaikum, salam hormat

Ana ingin ingatkan di sini, sebarang nombor yang tidak ana kenali, tidak akan dilayan.

Ana tahu ada usaha-usaha dari pihak sana ingin melemahkan semangat ana dan mengendurkan gerak kerja ana untuk Islam. Ana biarkan sahaja walau seratus panggilan pun.

Ingat, ana tidak akan membenarkan sebarang anasir luar mengganggu konsentrasi ana untuk Islam. Oleh itu, berputus asalah kamu dari mengganggu perjuanganku.

Dunia bukan tempat kita…

Akhirat itulah kebahagiaan kita.

Lafaz inilah yang menguatkan hati dalam perjuangan.

Bukannya orang-orang berjuang itu tidak punya hati dan perasaan. Mereka punya hati. Cuma hati mereka mencintai Allah.

Memilih untuk belajar sahaja tentulah menyeronokkan

Mudah dan tidak perlu banyak berfikir

Tapi, memikirkan masalah umat dan berusaha sungguh-sungguh menembus sinar iman ke hati-hati mad’u bukanlah perkara mudah

Apatah lagi ia manusia biasa yang punya komitmen pelbagai

Ana tak pernah jumpa remaja yang segigih adik-beradik ana dalam GMS

Idea yang dilontar ibarat butir-butir permata yang tidak pernah ana temui

Mata-mata yang sayu namun bersinar di tika insan lain hanyut dibuai mimpi

Menyemarakkan kuntuman mujahadah di hati

Kesanggupan bekerja siang dan malam membuatkan ana merasa terlalu hina

Mereka bekerja tidak berehat

Apakan tidak, kita sedia maklum musuh Islam bekerja 25 jam untuk menghancurkan kita

Itulah bezanya seorang mukmin dan muslim.

Muslim mungkin bahagia, tapi mukmin mungkin derita.

Muslim hanya Islam pada nama.

Tapi, mukmin mengamalkan Islam dalam seluruh kehidupan.

Berkorban segala-galanya demi Allah.

Kehendak peribadi dan kepentingan diri adalah perkara paling tidak diendah dalam hidupnya.

Seorang Mukmin mempunyai maruah dan harga diri.

Memikul Islam di atas pundaknya dengan seluruh pemeliharaan. Tidak mahu ia terjatuh dan tidak mahu meletakkan ia. Islam sentiasa tinggi bersamanya.

Wahai Islam. Maafkan aku kerana merasa penat untuk memikulmu.

Wahai Islam. Maafkan aku kerana merasa sedih tidak mampu membelamu.

Wahai Islam. Maafkan aku kerana terlalu mencintaimu.

Wahai Islam. Maafkan aku kerana tidak mampu menjaga hati semua adik-adik kekasih hatiku

Wahai Islam. Maafkan aku kerana gagal memperkenalkan Islam kepada kafir kerana kesibukanku

Wahai Islam. Maafkan aku kerana membiarkan dirimu tertindas.

Wahai Islam. Maafkan aku kerana gagal mempertahankanmu

Wahai Islam. Aku ingin selalu bersamamu. Sentiasa menjulangmu

Walau nyawa dan jiwaku menjadi taruhan.

Di sana, ya, di akhirat itulah kemerdekaan yang hakiki.

Akhirat itulah kerehatan buat Mukmin.

Bersabarlah…

Mujahidah agung silam juga turut sama di medan juang. Inilah medan juang kita. Kembalikan ketuanan Islam di Malaysia dengan mengamalkan semua cara hidup Islam termasuklah mengamalkan undang-undang Islam di Malaysia sepenuhnya. Untuk mencapai ini, kita harus berkorban segalanya. Segalanya menjadi wajib untuk kewajipan yang ini. Membela mereka yang ditindas.

Kisah Asiah dalam nasyid Ratu Syahadah menjadi penguat hati..

Engkaulah permaisuri di mahligai kirani

Teguh imanmu walau tersembunyi

Kasihmu kau buktikan sebagai isteri

Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati

Ketika suamimu dimurka Allah

Istana bukan penjara nikmat yang alpa

Sinar imanmu tak kelam permata

Kau miliki jiwa hamba

Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan

Iman bukanlah penjara di jiwa

Yang telah lama bersembunyi

Tapi kemerdekaan yang hakiki

Ia punya wajah dan jua rupa

Akhirnya imanmu bersuara

Lantas kau dipenjara dan disiksa

Oleh suamimu yang dihina.

Di kejauhan istana keangkuhan

Kau kerlip mata sayupnya di jiwa

Namun hatimu tak sudi ke sana

Iman dan akidah lebih utama

Ratu syahadah lalu munajat

Oh Tuhan binakan istana untukku

Walaupun di dunia ku disiksa

Namun tak terbayang nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana

Bila tanganmu menyentuh bayi

Yang hanyut menongkah arus sungai Nil

Lembutmu mematahkan keangkuhannya

Firaun merancang

Kau menghalangnya

Musa terbuang

Jadi terbilang..

Ya Allah..

Ya Allah..

Kurniakan syurga buat adik-beradik GMS ku.

Bahagiakan mereka di sana dengan segala nikmat-Mu.

Permudahkanlah urusan mereka, ya Robbal ‘alamin….

Wallahua’lam.

Saya suka dia

Assalamualaikum, sahabat-sahabatku sekalian,

Moga bermanfaat post untuk kali ini. Sekadar tatapan, usah dipersoalkan siapa. Sama-sama kita mendoakan kebaikan bagi semua orang yang beriman kepada Allah s.w.t. Moga Syurgalah tempat kembali kita semua, insya Allah.

Kuatlah kamu, aku dan semua yang meletakkan Allah sebagai yang paling Agung dan tertinggi..!~

Saya suka dia

Suka saja tidak cukup. Dia menolak hukum Allah.

Habis, apa yang saya nak lakukan.

Sukalah orang lain.

Tak mahu. Saya tetap suka dia.

Bawalah dia untuk terima hukum Allah.

Dia tak mahu menerimanya.

Inilah perbualan kami satu masa dulu.

Insya Allah dia akan terbuka hati untuk beriman dengan hukum Allah. Sahabat ana lebih kepada mendiamkan diri. Beliau tidak putus berdoa kepada Allah. Ana yakin dengan mereka. Pasti ada jodoh antara mereka.

**********************************************************************************

Sekeping kad kahwin yang berbau harum dibuka perlahan. Ana hanya tergamam.

Ana memandang sahabat ana.

Mungkin ada yang lebih baik. Untuk kamu dan untuk dia.

Kenapa saya? Kenapa saya yang ditakdirkan begini? Sahabat ana berkata perlahan.

Shh…jangan berkata begitu. Ingat tak kisah gadis yang dipanah petir dan mati dalam keadaan yang buruk. Ingat tak bahawa dia adalah seorang gadis yang baik yang diuji Allah dengan pelbagai ujian hidup. Akhirnya dia tidak sabar dan marahkan Allah dan mengatakan Allah tidak adil. Akhir hidupnya buruk kerana dipanah petir ketika mengatakan Allah tidak adil. Faliana’uzubillah. Usah sesekali mempersoalkan takdir. Ujian semua manusia lain-lain mengikut kemampuannya. Allah uji untuk ampunkan dosa atau untuk tingkatkan keimanan. Sepatutnya kita bersyukur diuji, kerana itu tanda kasih sayang Allah yang ingin kita bersih dari dosa sebelum kita mati.

Sahabat ana diam, lemah tak bermaya. Dia terjelepuk duduk.

Kerana Allah sayang kamu. Hidup di dunia hanya untuk diuji. Kerana tempat yang istimewa telah Allah sediakan untuk kamu.

Kenapa dia buat saya macam ni..kan saya sukakan dia…

Belajarlah untuk menyintai suamimu satu hari nanti. Pasti kau mampu!

Cinta itu tidak boleh dipaksa. Dia berjanji mengahwini saya.

Sabarlah, sahabatku yang kukasihi.

Kami berpelukan. Tak mampu ana bercakap lanjut. Air mata sudah bergenang. Air matanya sudah mengalir bagaikan air sungai. Kad kahwin di tangannya ana ambil dan ana baca berulang kali di dalam hati….Benarlah ana juga tidak sekuatnya. Kad ini seharusnya tercetak nama sahabat ana. Dalam sendunya dia memegang semula kad itu dan membaca bersama. Akhirnya kad terlepas dari tangannya….air matanya terus mengalir laju….

Allah…Allah……….tidak putus bibirnya mengucapkan kata itu. Ana teringat Bilal bin Rabbah semasa diseksa teruk oleh tuannya, ketika batu besar diletakkan atas dadanya dan beliau dijemur di tengah padang pasir yang panas oleh teriknya mentari. Ahad..Ahad…begitulah lafaz Bilal yang membawa maksud : “ Allah yang satu..Allah yang satu…

Wanita itu hatinya lembut. Pilihan Allah akan terbukti jauh lebih baik dari yang kamu sukai. Pasti kamu akan jatuh cinta pada suamimu.

Beratnya dugaan ini buat saya…Sahabat ana lemah longlai..Sabarlah…

Sahabat ana menangis tidak berhenti. Lama juga dia menangis. Dalam doanya dia menangis. Dalam sujudnya dia menangis. Dalam kata-katanya dia menangis. Dalam hatinya dia menangis.

Tunangnya akhirnya berkahwin dengan seorang gadis yang cantik.

Memilih untuk bersama dengan gadis cantik yang ringan sedikit dalam mengamalkan agama. Ya, berbeza sungguh perwatakan dari sahabat ana.

Ya, sama. Mereka sama. Kedua-dua mempelai sama.

Tunangnya mengambil ringan dalam soal agama dan dapat seorang yang juga ringan dalam mengamalkan agama.

Janji Allah itu sudah terbukti.

Kuatnya sahabat ana untuk berada di Majlis Pernikahan mereka. Cincin tunang masih di jarinya. Ana tahu dia masih tidak dapat menerima kenyataan. Ana menggenggam erat tangannya. Kami berpandangan. Ana mengisyaratkan supaya dia tidak menangis. Saat cincin disarungkan, sahabat ana bertahan untuk melihat babak paling menyayatkan hati itu. Ana tutup matanya dengan tangan ana. Ana berbisik padanya bahawa ana cemburu dengannya kerana Allah sangat mencintainya. Diambil insan yang paling dicintainya. Saat itu ana dapat rasakan titik-titik air matanya gugur. Ana mengelapnya. Kami cuba untuk tidak merosakkan majlis dan tenang tidak bergerak-gerak.

Jangan menangis, nanti purdah basah.

Selepas majlis barulah ana menenangkannya kembali. Ana ingatkan sahabat ana akan janji Allah.

Waktu kami pulang, barulah cincin itu ditanggalkan secara rasminya.

Ana memandangnya. Kami cuba untuk bergembira. Dia bercerita macam-macam. Dia kelihatan ceria. Hari itu kami berjalan-jalan makan angin di tempat yang sangat kami sukai. Kami makan bersama dan ke kedai bersama.

Sahabat ana ok. Mungkin kerana sudah puas menangis. Hampir sebulan dia monyok dan berkurung diri. Ana berusaha semampu ana menggembirakannya. Dalam waktu-waktu begini, beliau tidak boleh bersendirian. Dia berhak untuk bahagia. Alhamdulillah dia semakin sibuk dengan kehidupannya sebagai pelajar dan pejuang. Moga dia cepat melupakan bekas tunangnya.

“Wahai Allah, kurniakan suami yang soleh untuk sahabatku ini, bahagiakan mereka hingga ke akhir hayat. Kurniakan suami yang menyintai dirinya dan dia pula mencintainya. Jadikanlah rumah tangga mereka penuh rahmah dan mawaddah dalam naungan kasih-Mu. Lupakanlah sahabat ana akan kisah silamnya. Wahai Allah yang Maha Pengasih. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, ampunilah dosa sahabat ana kesemuanya atas musibah yang menimpanya. Ya Allah bahagiakan dirinya, di dunia dan di akhirat. Kurniakan aku iman seutuh imannya. Amiin ya Rob…”

Lemahnya ana menghadapi situasi begini. Ana tahu endingnya untuk sahabat ana. Lelaki soleh sedang mempersiapkan dirinya dengan segala ilmu seperti mana juga sahabat ana yang solehah sedang gigih menambah bekalan ilmu.Allah telah menulis sahabat ana untuk lelaki soleh yang setaraf imannya. Tapi, ana tahu berat untuk beliau menerimanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apakan daya, dia hanya wanita yang lemah walau luarannya hebat dalam berjuang.

Kasihan bekas tunangnya tidak mampu memilih antara kaca dan permata. Moga dikurniakan hidayah Allah suatu hari nanti.

Ana teringat kisah Hindun binti Amru. Beliau memujuk suaminya untuk memeluk Islam. Begini kisahnya.

Hindun binti Amru berasal dari Bani Salamah. Dia adalah adik-beradik kepada seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w iaitu Abdullah bin Amru. Hindun mempunyai sifat berani, tabah dan sabar. Beliau juga seorang yang berilmu.

Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Amru bin al-Jamuh. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Muaz, Muawiz, Khallad dan Abdurrahman.

Hindun adalah wanita yang masuk Islam ketika Mus’ab berdakwah di Madinah. Mus’ab dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w bagi mengajak penduduk Madinah memeluk Islam.

Kedatangan Mus’ab ke Madinah disambut baik oleh penduduk Madinah. Hampir seluruh keluarga Hindun turut memeluk Islam kecuali suaminya. Suaminya tidak suka ahli keluarganya memeluk Islam. Bagi suaminya, kedatangan Mus’ab ke Madinah adalah salah dan mengacau bilau agama nenek-moyang mereka. Bagi memastikan isteri dan anak-anaknya tidak memeluk agama Islam, Amru menasihati mereka.

Amru berkata kepada Hindun, “ Saya dapat tahu Mus’ab sudah mula menyebarkan agama Islam kepada penduduk Madinah.”

“Saya tidak mahu awak dan anak-anak terpengaruh dengan kata-kata Mus’ab” sambung Amru lagi.

Hindun diam mendengar penjelasan suaminya. Kemudian, Hindun berkata, “ Awak sepatutnya mendengar dahulu ajaran Islam yang disampaikan oleh Mus’ab”.

Amru pun berkata, “ Tidak ada faedahnya saya mendengar ajaran Islam yang disampaikan oleh Mus’ab. Sudah terbukti agama nenek moyang kita lebih baik daripada agama Islam”.

Hindun cuba memujuk suaminya supaya menerima ajaran Islam.

Hindun berkata, “ Agama Islam adalah agama yang baik dan benar. Cuba awak dengar dahulu penjelasan daripada anak awak. Anak kita sudah mendengar ajaran yang disampaikan oleh Mus’ab”.

“ Rupa-rupanya dalam diam anak kita sudah memeluk agama Islam. Anak tidak kenang budi!” kata Amru dengan nada tinggi.

“ Dia mencari kebenaran dan petunjuk hidupnya, “ kata Hindun.

Setelah puas dipujuk oleh Hindun akhirnya Amru dengan rela hati mendengar keindahan ayat-ayat al-Qur’an yang dibacakan oleh anaknya. Berkat doa Hindun, dengan kuasa Allah pintu hati suaminya terbuka dan menerima agama Islam. Selepas Amru memeluk Islam, bermakna seluruh keluarganya sudah memeluk agama Islam. Amru telah ikut berperang di Bukit Uhud walaupun beliau berkaki pincang.Akhirnya, beliau telah terkorban di kalangan tentera Islam yang awal terkorban.

Hindun adalah pahlawan wanita yang sanggup bertarung nyawa demi Tuhannya yang Maha Esa. Sifat berani Hindun terserlah apabila beliau sendiri berjihad di medan Perang Khaibar. Beliau ikut serta bersama angkatan tentera Islam bagi menentang musuh.

Begitulah sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t. Setiap manusia akan menghadapi ujian daripada orang-orang yang disayanginya. Berusaha gigihlah memahamkan dan mendekatkan orang-orang yang kita sayang kepada Allah.

Dengan doa yang penuh keikhlasan, insya Allah hatinya akan terbuka untuk menerima hidayah Allah.

Seperti kisah Hindun tadi, suaminya yang keras hati pada mulanya untuk menerima Islam, akhirnya Allah pilih untuk mati syahid setelah keislamannya.

Oleh itu, berusaha gigihlah!~ TERUSKAN PERJUANGAN!!

Moga kita semua ditetapkan hati dalam agama-Nya. Dan moga Allah memberikan hidayah kepada orang-orang yang kita sayangi agar kita bersama lagi di Syurga Allah s.w.t. Biarpun pelbagai mehnah dan tohmah dari orang yang kita sayang, yakinlah kuasa Allah itu mengatasi segalanya.

Terus thabat dalam membela agama Islam tercinta!~

Salam ukhuwwah. Sampai di sini dahulu ya sahabat-sahabat, moga bermanfaat.

Wallahua’lam.

~.: Bakal Pengantin:.~

Assalamualaikum, adik-adik, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t….

Hai, salam jihad! Dariku untuk semua mujahidaat yang teguh memanah di barisan hadapan. Ehehe..*-*

Mati syahid impian kita. Justeru, ayuh, jangan lemah! TERUSKAN PERJUANGAN!!~

Sahabat-sahabat ana dah mula tak senang duduk menguruskan Majlis Pernikahan masing-masing. Ana pun sama excited..huh…macam-macam ye persiapan…hmm…

Apapun, ada seorang sahabat yang sangat menjaga agamanya, tidak mahu berlebih-lebih dalam soal majlis pernikahan ini. Asalkan syaratnya cukup. Adat hanyalah hiasan, jika mampu dan nak teruskan, maka teruskan. Jika tak mampu, kita buatlah cara tak mampu…betul tak, kawan2?

Islam tidak memandang pada ‘grand’nya majlis pernikahan dan walimah. Apa yang penting bersederhana dan jangan membazir, ya!

Dalam mempersoalkan tentang keseriusan bernikah, macam-macam persoalan timbul.

Macam-macam kerenah, pandangan dan persoalan timbul. Maka, ana pula dipanggil sebagai panel syariah untuk menjadi jururunding keluarga buat sahabat ana..huhu…

Mudahnya! Ya, memang mudah.

Akhirnya, keluarga sahabat ana sepakat mengadakan majlis simple. Ada dua khemah. Satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Khemah wanitanya tertutup. Hmm…sweetnyer..

Hadiah hantarannya simple dan murah.

Dalam berbincang dengan sahabat ana, masuklah bab anak…ya, dari dulu lagi memang ana suka menasihatkan sahabat-sahabat tentang ini. Ana selalu mengajak sahabat-sahabat sama-sama bermuhasabah untuk menambahkan ilmu, kerana ana sudah rasa peritnya hidup sahabat-sahabat dan adik-adik usrah apabila ibu bapa mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka. Ana kasihankan sangat bakal bayi dan zuriat yang akan lahir di kemudian hari. Pada ana, jika pasangan pengantin belum bersedia, eloklah bersedia terlebih dahulu dengan ilmu sebagai bekalan sebelum melayari kehidupan berumah tangga.

Ya, anak yang bakal lahir.

Kenapa anak? Sebab itu fitrahnya, apabila sudah berdua, selepas itu bertiga. Apabila sudah bertiga, berempat pula…mulalah bayi-bayi yang comel muncul menyerikan hidup pasangan pengantin tadi…Subhanallah.

Dalam mendidik anak, yang utama adalah siapa ibu bapanya. Bagaimana amalan cara hidup Islam yang mereka amalkan.

Ya, itulah soalnya buat bakal pengantin.

Siapakah bakal pengantin?

Awak, saya dan semua wanita dan gadis yang masih belum bernikah. Ya, bakal pengantin inilah yang perlu diberi pendidikan agama sebelum mereka berkahwin. Kerana mereka yang akan mencorakkan siapa anak mereka.

Dalam mendidik anak, faktor kekuatan agama kedua ibu bapa sangat memberi kesan pada anak yang dibentuk. Ya, kita semua menginginkan anak yang soleh. Dengan sebab itu, kita menerapkan unsur-unsur kemuliaan, kesucian dan kebaikan buat anak-anak kita. Konsep-konsep untuk membina kecemerlangan anak dan kebijaksanaannya juga perlulah dipelajari dari sekarang.

Ini penting, kerana kita mahu anak yang soleh itu bukan sahaja cerdik, bahkan berakhlak mulia.

Oleh itu, pembentukan anak yang soleh dan cerdik bermula dari tempat janin itu sendiri. Iaitu dalam rahim seorang ibu yang solehah. Begitu juga ia adalah adunan antara suami yang soleh dan isteri yang solehah. Oleh itu, ana sudah menerangkan cirri-ciri wanita solehah dan suami soleh sebelum ini. Kini, ana akan terangkan soal mendidik anak yang soleh pula ya..

Antara tujuan utama membentuk ikatan keluarga dalam Islam adalah untuk melahirkan zuriat. Titisan zuriat bermula dari alam rahim. Di sinilah saat bermulanya kehidupan bayi yang bergelar janin. Justeru sahabat-sahabat semua, waktu kehamilan adalah saat paling penting dalam proses perkembangan janin. Ini adalah kerana dalam tempoh tiga bulan pertama kandungan, otak janin mula berkembang dengan pesat. Janin sudah mampu merasa dan memberi reaksi terhadap persekitarannya.

Merangsang bayi dalam kandungan

Bayi di dalam kandungan sangatlah sensitif daripada pengaruh luaran. Oleh itu, perlu diperhatikan perkara berikut:

  1. Memastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang dan tidak mudah meragam.
  1. Melahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi tersebut dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.
  1. Perdengarkan beberapa jenis bahasa, muzik terutamanya zikir dan ayat al-Qur’an serta pelbagai pengetahuan asas yang mudah.
  1. Sentiasa bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan dengan kata-kata manja, lunak dan menyegarkan. Mulalah ajarkan bacaan seperti alif, ba, ta, A, B dan C serta nombor 1, 2, 3. Perkenalkan diri anda: Assalamualaikum, ini mak dan ayah..
  1. Lakukan isyarat-isyarat mudah padanya.
  1. Rakamkan suara ahli keluarga yang lain serta bunyi-bunyian dan perdengarkan padanya. Dengan cara ini bayi akan mudah mengecam suara apabila telah dilahirkan.
  1. Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan padanya. Lakukan rangsangan ini selama 5- 10 minit ya.

Baiklah sampai di sini dahulu ya. Lain kali, kita kupas lagi tentang pembentukan anak yang soleh…

Subhanallah walhamdulillah…

Untukmu bakal pengantin suatu hari nanti. Insya Allah*-* Yakinlah janji ALLAH.

Wallahua’lam.

Kesedaran mahasiswa semakin meningkat.

Assalamualaikum para blogger dan pembaca yang dipilih Allah untuk diberikan hidayah-Nya…

Salam Tarbiyah dan Mujahadah! *-*

Tak best, kan? Takpe, ni isu umat. Perlu dikupas walaupun tak best.

Mereka menangis kerana menyedari tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Momentum suara mahasiswa dari GMS telah menggegarkan seluruh jiwa dan raga seluruh mahasiswa kampus untuk bangkit dari lamunan.

Pihak pengurusan kelam kabut.

Pihak MPM jadi tidak keruan.

Pihak pensyarah sayu.

Pihak mahasiswa terpinga-pinga.

Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) telah berjaya menyedarkan mahasiswa.

Mereka yang selesa dalam kepompongnya sendiri, kini turut sama bersuara membela sahabat-sahabat yang tertindas.

Ya, selama ini mereka melihat. Tapi, tidak nampak.

Dengan kuasa Allah, GMS telah menyuntik kesedaran di hati banyak pihak.

Alhamdulillah. Tahniah GMS!

Gerakan Mahasiswa Sedar terus bersemangat membela mereka yang tertindas.

Ada beberapa perkara yang dapat dirumuskan dari Himpunan Siswa (HIMSIS) yang diadakan pada pukul 9.20 malam semalam.

HIMSIS

  1. Pihak pengurusan tidak telus dengan pelajar. Jika telus, bagaimana memorandum dari GMS berada di tangan MPM? Memorandum itu untuk pengurusan bukannya untuk mahasiswa setaraf.

  1. Permintaan yang hanya memberi impak keduniaan diberikan sewenangnya, tanpa mengambil kira faktor lain. Contoh, permintaan televisyen untuk menonton bola sepak semalam, dengan berbesar hatinya pihak KUIS bersetuju atas cadangan dan akan menunaikan hasrat mahasiswa. Sempat tak agaknya, mereka berfikir dan bermesyuarat sebelum berjanji yang bukan-bukan untuk mahasiswa.

  1. Provokasi dari pihak KUIS hanya bertujuan menakut-nakutkan pelajar. Semalam, pihak KUIS mengumumkan bahawa penarikan biasiswa, dan pembatalan praktikal untuk penyokong GMS hanyalah provokasi dan ia tidak pernah berlaku. Pihak GMS pula berjanji dengan penuh yakin untuk menyediakan barisan peguam yang akan membela mahasiswa yang menjadi mangsa provokasi murahan ini andainya ia benar-benar berlaku.

  1. Mahasiswa terlalu mudah terikut-ikut dengan doktrin dan pengaruh pensyarah, apatah lagi mahasiswa yang tidak pernah cakna dengan isu kampus dan dunia. Mereka seperti lalang yang tidak ada pendirian. Mudah dicocok dan dipengaruhi oleh pelbagai sentimen dan ideologi.

  1. Ada mahasiswa yang terlampau mementingkan diri masing-masing tanpa memikirkan nasib sahabat lain yang tertindas. Buktinya, apabila diugut untuk di’usik’ kepentingan peribadi mereka, langsung mereka berpaling tadah daripada pendirian mereka membela sahabat-sahabat yang tertindas seperti yang diperjuangkan GMS.

  1. Para pendokong GMS mendapat banyak SMSdari penyokong agar membela hak mereka. Pendokong GMS berjaya membuktikan kebenaran semalam apabila mereka tidak mudah diperkotak-katikkan sewenangnya oleh penentang.

  1. Pihak pensyarah yang bersedih tentang GMS yang mengatakan mereka makan gaji haram, seharusnya sedar selepas ini bahawa itu hanyalah fitnah semata-mata. Pihak GMS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian. Kesedihan dan kekecewaan pensyarah kepada GMS tidak berasas dan tanpa kajian teliti. Bahkan ada pensyarah yang tidak redha dengan ilmu mereka yang dicurahkan kepada pendokong GMS. Sampai begitu sekali? Sesungguhnya keredhoan pensyarah itu tiada nilainya apabila yang melukakan hati mereka adalah fitnah semata-mata terhadap GMS. Allah Maha Mengetahui.

  1. Pertemuan pihak GMS dengan Exco Selangor telah membuktikan kesungguhan GMS. Bahkan, Exco Selangor juga meragui yuran KUIS. Di mana ketelusan KUIS dalam hal ini?

  1. GMS tetap bersama pendiriannya yang optimis bahawa yuran KUIS akan turun. Buktinya yuran untuk wireless telah dihapuskan seperti yang diumumkan semalam. Ini sudah satu kejayaan kecil GMS! Banyak lagi akan dikurangkan nanti. Ayuh, tunggu dan lihat!

Jom, dari mahasiswa untuk mahasiswa!!*-*~

Bersatu menurunkan yuran!

BANGKIT! BANGKIT!

BANGKIT MAHASISWA!

TURUN! TURUN!

TURUN YURAN!

Untukmu GMS ku, Allahu ma’ana.

Perjuangan itu perit kerana Syurga itu manis.

Yakinlah akan janji-Nya.

Nurul Hayati optimis bersamamu selagi al-Qur’an dan as-Sunnah panduanmu, oh GMS!

Wahai adik-beradikku pendokong GMS, usah gentar!

Kepada adik-adik, kakak-kakak mahasiswi dan seluruh mahasiswa yang kuhormati, fikirlah secara rasional. Untuk apa GMS bersusah-payah, kalau bukan untuk membela nasib saudara mahasiswa yang lainnya.

Oleh itu, ayuh, bersama mendokong hasrat GMS!

Sedarlah, wahai hamba Allah di pihak pengurusan KUIS, soal tarbiyah di KUIS pun tidak pernah dicakna, untuk apa soal tindakan terhadap GMS nak disibuk-sibukkan.

Pak guard dan warga pengurusan ke sana-ke mari sibuk mencari penyokong GMS hingga ke lubang cacing. Tapi, bila mahasiswa terlibat dengan maksiat, tiada yang peduli!

Fikirlah, ke mana perginya pengurusan di saat pelajar KUIS :

  1. Merokok
  2. Menonton video lucah
  3. Bermandi-manda di kolam awam di Vista Seri Putra dengan mendedahkan aurat
  4. Siswa tidak Solat Jumaat
  5. Jenayah seksual (pelacuran dan perzinaan)
  6. Ikhtilat berleluasa
  7. Pendedahan aurat berleluasa
  8. Meninggalkan solat
  9. Penglibatan dengan dadah

Di mana pihak KUIS dalam menyelesaikan masalah tarbiyah di atas? Banyak lagi sebenarnya, tapi, tidak mampu dinyatakan kesemuanya.

Usah mengarut!

Bangga dengan pencapaian untuk menaik taraf sebagai Universiti, tapi masalah tarbiyah tidak dipandang serius!

Bangga hasilkan graduan ‘Universiti’ tapi runtuh akhlak dan moral!

Bangga hasilkan graduan yang mudah mendapat kerja, tapi jumud pemikiran dan akan dibuang kerja tidak sampai sebulan!

Sedarlah!

Bangunlah dari lenamu.

Bangkitlah dari lamunanmu.

Keluarlah dari tempurungmu.

Bersama kita melihat dunia dengan mata hati seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Wahai Allah, kami berserah diri pada-Mu.

Wallahua’lam.

Tanpa Kompromi!

Assalamualaikum wrt wbt……

Mahasiswa bukan budak tadika.

Bukan pintaku. Tapi ia adalah kehendak Tuhanku

Pihak kolej pelik dengan kami.

Seolah-olahnya kami tidak reti untuk bersyukur.

Seolah-olah kami ni manusia yang tidak redha.

Seolah-olah kami ni datang ke kolej untuk menjerit2 macam orang gila.

Perhimpunan aman untuk turunkan harga yuran, hari Jumaat lepas telah membuka mata pelbagai pihak. Mereka yang dulunya mengangguk, kini menggeleng.

Kerana bersyukur kepada Allah lah kami bangkit menentang pihak kolej.

Fikirlah, hayatilah dan renungilah. Kemudian, kaji dan tafsirkan apa yang cuba ana sampaikan di sini.

Begini, mereka sangka kami budak mentah yang hanya ikut emosi darah muda.

Kami pula berpendapat mereka terlalu mementingkan dunia.

Mengapa? Kerana kami bersama rakyat (mahasiswa) yang ditindas. Kami bukan macam orang lain yang merelakan atau me’redha’kan harga yuran yang tinggi. Tapi, kami adalah pejuang Islam. Pejuang Islam membela kebenaran.

Huh, poyo!

Ya, poyo, kan? Katalah, apa pun.

Bukan ana ikut kehendak, sebaliknya ikut keperluan sahabat-sahabat ana iaitu mahasiswa lainnya. Jika ikutkan ana, ana tak perlu buat begini. Mampu dan tidak bermasalah untuk segalanya. Tapi, ana punya hati dan perasaan. Sahabat2 tertindas tanpa pembelaan.

Begitu juga isu ISA, isu rasuah, isu jenayah yang berleluasa dan yang lainnya. Mereka yang tidak bersalah dihukum tanpa pembicaraan. Ana bukan mangsa ISA, bukan juga mangsa kekejaman dan jenayah. Tapi, kerana kesedaran yang Allah suntikkan dalam hati ana. Maka, ana bangkit menentang.

Kata orang, ” Kak, kita perlukan akta ISA untuk penjarakan yang betul-betul jahat”

Mudah bibir berbicara. Bagaimana mereka dikatakan jahat? Sedangkan belum ada perbicaraan dan pembuktian. Islam mengharamkan ini.

ZALIM, SAH ANIAYA!

Manakan tidak, sekalipun mereka pengganas Komunis, wajib dibicarakan. Sekalipun tertuduh adalah Perogol Bersiri dan Pembunuh Misteri, wajib dibicarakan. Ditahan untuk sementara waktu kes disiasat, tidaklah mengapa. Tapi, soalnya, ditahan bertahun-tahun tanpa pembicaraan, adalah kerja GILA!

Bukan ana tidak tahu kolej telah banyak berjasa. Malah, kolej juga menyambut baik ana di saat ana sayu meninggalkan dunia perubatan. Mengubah haluan hidup sebagai pelajar Syariah pula. Bukan terhutang budi hingga membetulkan semua yang salah. Sekalipun berbudi, yang salah tetap salah. Yang betul mengikut syariat tetap betul.

Bukan ana tidak mahu menjadi pelajar biasa. Masuk ke kelas, melihat pensyarah dan mendengar dengan teliti, keluar kelas terus ke library, balik hostel bawa nasi bungkus, makan dan kemudian tidur. Bangun tidur, solat, wat assignment dan study group. Tidur awal dan bangun awal, ke kelas sekali lagi. Hanya solat, makan, belajar dan tidur. Pergi program dan suka duduk di masjid. Hidup hanya untuk dirinya.

Rutin ini adalah rutin hidup ana. Semester 1 Diploma Syariah 2004.

Tapi, itu dulu dan bukannya sekarang. Satu masa dulu, beginilah hidup ana, sebelum Allah memilih ana untuk memperjuangkan agama-Nya.

Ana bukan lagi Nurul Hayati yang dulu. Bersyukur untuk semuanya, redha untuk segalanya. Salah dan betul semuanya ana hanya mengangguk. Ana sudah matang. Bukan mahu menjadi penentang, cukuplah mampu bersuara untuk mempertahankan agama dan mengembalikan hak mereka yang tertindas. Apa gunanya ana mempelajari undang-undang, jika undang-undang Allah ana pijak-pijak dan bakul sampahkan? Apa gunanya ana belajar Syariah iaitu hukum-hakam agama ana tercinta iaitu Islam, jika ana sendiri menolak tepi segala yang ana pelajari?

Memilih untuk mengamalkan apa yang ana sukai dan apa yang orang lain senangi bukanlah cara ana. Sebaliknya, memilih apa yang Allah suka itulah ana.

Sorry, you’ve got the wrong person.

Ini Mujahidah Nurul Hayati, sentiasa menyebelahi Tuhannya dalam apa keadaan. Sama ada hukum-hakam, cara hidup dan pandangannya tentang kehidupan.

Ana berdiri di sini sebagai blogger hanya untuk menyatakan kebenaran. Biarpun ilmu ana cetek, tapi ia mampu mengetuk hati yang lemah, melembutkan hati yang keras dan merendahkan hati yang ego.

Begini, pihak kolej harus sedar bahawa mahasiswa bukan budak tadika. Ana juga mahasiswa. Berfikir dalam konteks dewasa. Jika ana berfikiran macam budak tadika, tidaklah ana di sini.

Ya, ana mahasiswa. Mahasiswa bukannya orang suruhan, bukannya kuli dan bukan hamba. Ana akui ana hamba, tapi hanya untuk Tuhan ana iaitu Allah. Ya, hanya Allah berhak menyuruh ana itu dan ini dan ana tidak boleh berbantah walau sedikit akan peraturan dan undang-undang yang terpakai ke atas ana.

Pihak kolej pula tidak begitu. Jika pihak kolej meminta membuat sesuatu yang bersalahan dengan apa yang Allah suruh ana lakukan, maka ana wajib menentang, malah ana tidak perlu menuruti kemahuan pihak kolej itu. Begitu juga, jika pihak kolej melakukan sesuatu bertentangan dengan agama, maka wajib ana menentang pihak kolej.

Begitulah ana. Sebagai anak masih lagi hamba kepada Allah. Sebagai kakak masih lagi hamba kepada Allah. Sebagai adik masih lagi hamba kepada Allah. Sebagai teman, masih lagi hamba kepada Allah. Sebagai pelajar masih lagi hamba kepada Allah dan sebagai pelanggan kepada pihak kolej atau pengguna, ana masih tidak lari dari menjadi hamba Allah. Walau di mana saja dan bila-bila masa ana tetap hamba Allah. Subhanallah, tiada keraguan pada-Mu.

Dari ana dijadikan dari sperma dalam air mani yang hina yang bercantum dengan ovum dalam ovari hinggalah ana dimatikan hingga reput tanpa secebis pun yang kekal hinggalah ana dihidupkan semula dan dimasukkan ke neraka untuk dibalas akan dosa-dosa ana dan ke Syurga akhirnya dan kekal dalam Syurga untuk selama-lamanya, semuanya ana masih bertitle-kan hamba kepada Allah iaitu Pencipta diri ana. Oleh itu, ana tetap begini untuk selamanya, tidak pernah wujud sesaat pun ana lari dari title sebagai hamba Allah. Oleh itu, menjadi kewajipan ana untuk taat segala perintah-Nya.

Taat segala suruhan-Nya tanpa kompromi!

Ya, begitulah..*-* Insya Allah.

Ihfazillaha yahfazka.

Jagai Allah (ikut segala perintah-Nya), nescaya Dia menjagaimu.

Wallahua’lam.

Assalamualaikum, salam setia dan salam ukhuwwah fiLLAH!~

Inilah tajuk novel ana yang akan diterbitkan tidak lama lagi. “ Kesetiaan Tiada Tara”.

Insya Allah.

Ia berkisar kehidupan masyarakat kampus khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya.

Kini, dalam proses mengadun dan membahagikan kepada bab-bab yang sesuai. Kisah mistik dan alam jin, soal kepercayaan karut, tahyul, khurafat  turut dimuatkan selain hujah penuh tentang pemakaian purdah yang dibentangkan dengan jelas dengan gaya bahasa santai. Novel ini turut mengisahkan segala jerih perih kehidupan sebagai aktivis dakwah yang masih bergelar mahasiswa. Ia novel cinta. Cinta manusia, perjuangan yang penuh pengorbanan, hanya kerana kesetiaan yang tiada tara..terlalu setia..hanya pada Pencipta cinta, Allah yang Esa. Nantikan kemunculannya!~

Psst…belum nak keluar lagi tau..lambat lagi, bukan tahun ni.. jangan pula ada yang cari di kedai….tapi, ana berimpikan mengikut jejak langkah as-Syahid Syed Qutb rahimahullah yang telah menerbitkan buku pertamanya ketika berusia 25 tahun.Hmm…maknanya ada lagi setahun lebih bagi ana. Insya Allah. Ana harap kita optimis!~

Jom, sama2 kita kembangkan minat menulis kita untuk mengenalkan Islam kepada masyarakat. Ayuh! Para pejuang Islam yang disegani, kuseru jiwamu dan jiwaku!~

Kita selerakkan buku-buku novel Islamik di pasaran untuk menandingi novel cintan-cintun yang kurang nilai keislaman malah mengkhayalkan lagi menghanyutkan. Ayuh, teman!

Berkorban segalanya demi-NYA!! Chayo2x!

Menjadi pelajar mungkin mudah. Tetapi menjadi pelajar yang mengamalkan Islam dan memperjuangkan Islam tanpa kompromi dalam semua aspek, bukanlah mudah.

Jiwa dan raga perlu dikorbankan ke jalan Allah.

Ana akui minggu ni adalah minggu paling perit dan payah untuk dilalui selama ana bergelar pejuang Islam iaitu selama 4 tahun lebih. Namun, dalam masa yang sama, minggu inilah minggu paling membahagiakan ana sepanjang berada di jalan perjuangan ini. Segala gurau senda bersama sahabat-sahabat dan pahit getir yang dilalui seringkali membuahkan kuntuman kemanisan perjuangan itu sendiri. Ya, itu yang ana rasakan. Ukhuwwah dan ikatan hati yang terlalu sukar untuk digambarkan. Malah, tautan hati kepada Allah sebagai Pencipta kita dan seluruh dunia adalah terlalu manis ana rasakan saat berhadapan pelbagai situasi getir yang mencabar iman.

Perjuangan kami sudah masuk ke fasa yang lebih mencabar. Kadang-kadang, ana sendiri terikut-ikut dengan cemuhan yang dilemparkan, hingga mempersoalkan adakah benar kami berada di jalan-Nya.

Robbana la tuzigh qulubana ba’da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka AntaL-Wahhab.

Wahai Tuhan kami, janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Engkau memberikan kami petunjuk. Dan kurniakanlah kami dari sisi-Mu rahmat, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengurnia.

Air mata ini sering mengalir, mengharap ampunan-Nya dan memohon agar Dia sentiasa bersama kami. Ya ALLAH….aku sudah mula rasa, terhirisnya sedikit demi sedikit belahan jiwaku….apabila seluruh keinginanku dikorbankan ke jalan-Mu.

Benarlah Syurga buat para pejuang agama-Mu. Aku semakin yakini. Kerana hanya kerana-Mu mereka berkorban, segalanya tanpa mementingkan kemahuan nafsu dan kehendak peribadi.

Soalnya, bukan siapa yang ingin bersama kami dalam perjuangan ini. Tapi, soalnya, bagaimana dan bagaimana kami ingin memahamkan adik-adik yang kami sangat cintai agar terus istiqomah dan merasai keizzahan Islam seperti mana yang kami rasai.

Kadang-kadang, ana selalu bertanya pada diri, adakah ana perlu korbankan segalanya untuk masa ini, atau korbankan sedikit dan disimpan sedikit untuk masa depan? Sukar sekali membuat penilaian. Tafsiran pengorbanan itu seolah-olah ada bahagiannya dan ada partitionnya. Sedangkan jiwa itu satu. Bila dikorbankan tentulah melibatkan keseluruhan. Wahai diri, mengapa berkorban setakat kemampuan? Korbankan segalanya demi-Nya. Bukankah terlalu jauh lagi impian ana selepas ini? Justeru, apa yang mungkin berlaku akan merencatkan gerak kerja dakwah ana di masa depan. Itu pandangan ana.

Ana akui pandangan ana tidak tepat. Rezeki Allah itu telah tertulis. Walau bagaimanapun manusia menyisihkan, walau bagaimana pun ragam adik-adik usrah, walau apa pun ujian yang bakal mendatang, kita ada Allah yang sentiasa membuatkan hati kita tenang. Oleh itu berkorban saja segalanya buat masa ini. Usah difikir rezeki mendatang. Allah yang menetapkan rezeki kita dan itu sudah tertulis sejak sebelum lahir kita ke dunia di Lauh Mahfuz. Tidak ada yang terkurang dan tiada yang terlebih. Semua telah tertulis dan ia berlaku sepertinya.

Usah risau dan jangan gentar! Wahai diriku dan dirimu, ayuh kita korbankan segalanya demi cinta-Nya…!~~


“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah: 111)

Insya Allah. Keyakinan kepada Allah adalah asas utama. Ana yakin Allah itu adil!~ *-*

Thanks Allah, i love You, always love You

 

Just because of You I did this

Just because of You I don’t care

Just because of You I sacrificed

Just because of You….

Just because of You, I love them

Just because of You, I love them

Just because of You, I love them

Just because of You my love….

Wahai Allah, yang telah menjadikan diriku..kesetiaanku tiada tara buat-Mu

P/s: Maaf, belum ada kesempatan menulis untuk bakal pengantin, nanti ya!

Wallahua’lam.

Assalamualaikum, kengkawan siberku sekalian….

Today is a shopping day! Alhamdulillah!

Whoa, minggu ni full…sibuk sangat222….asyik kena marah ngan orang pasal tak angkat phone. Manakan tidak, sekejap ke kelas, sekejap ke pejabat pentadbiran berurusan sana-sini, meeting setiap malam..sori sangat2….memang silent phone all the time…itu yang tak perasan call dan message..kredit pula sekejap je tahan, itu yang teman maleh nak top-up tu…tak dapat nak call balik dan reply message. Tunggu masa nak top up baru dapat reply. Sori ek…Syukran(terima kasih) kerana memahami.

Asif jiddan (minta maaf sangat2) ya akhowat fil Islam…

Hari ni tibalah masanya ber ‘shopping’. ‘Back to school’ la katakan…Orang lain dah lama beli barang keperluan, ana pula sibuk dengan minggu ta’aruf ..ni baru ada peluang nak beli barang…Naik semester 6 ni, agak mencabar. Ada tiga subject undang2 sivil, 2 subjek undang2 syariah, satu koko, dan tiga subjek hafazan. Pointer mesti maintain 3.5 lepas ni (untuk sem 6, 7 dan 8), untuk target dapat sambung belajar.

My younger sis, Hamizah will accompany me to the shop. Naik LRT kan senang, dua stesen saja sampai di Stesen Wangsa Maju. Tentulah Jaya Jusco Wangsa Maju menjadi pilihan.

Seronok juga shopping dengan adik ni, macam-macam input dan output. Rasanya lagi banyak bersembang dari bershopping.

Macam-macam nak cerita ni.

STATIONARY

Mula2 nak beli diary 1431H, ye la , kan nak masuk tahun baru hijrah dah….ana kan suka menulis. Tapi, bila ana belek2 , takda ayat2 motivasi dan kata2 hikmah. Oh ye, ni bukan diary Muslimah. Tak best… Ana nak diary dan planner Muslimah. Ada hadis, ada highlight tarikh2 penting dalam Islam. Nanti nak cari di kedai lain.

Lepas tu, tengok pen pula. Pen berwarna diperlukan untuk buat nota. Yang lama tu banyak dah habis dakwat. So, kena beli pen hitam dan biru sebab warna formal, pen warna hijau sebab ana suka colour hijau dan pen warna orange plus pink sebab warna merah tak elok untuk wat nota.

Nak cari buku nota pula, ada banyak yang cantik2 , tapi bila tengok harga ….ish..mahal sangat ni…baik guna buku tulis 0.80 sen..sama je…lagi pun takda yang cover bukunya hijau…ana suka warna hijau..kalau boleh semua barang mesti hijau…so, tak jadi nak beli.

BATA

Kedai Kasut BATA menjadi destinasi seterusnya. Belek kasut dan tengok harga. Mahal juga ek..ceh..macam tak biasa…selalu beli rm39.90, tapi kali ni nak beli yang bertahan lama sket..terpaksa la mahal sikit…49.90 ok kot…pastu sport shoes pulak..hmm..agak tak best la kali ni…banyak habis duit untuk BATA….takpelah, jarang sangat ke kedai ni, bila kasut dah nazak baru datang…

Kasut dah berlubang, perlu beli baru. Kasut sukan juga perlu beli baru. I’m not sure for how long I had lived without a real sport shoes. Selama berkurun rasanya kalau ada sukan, pakai hentam je pakai kasut ‘ke kuliah’. Itu yang kasut kuliah tak tahan lama. Mana pun setia di kaki. Sandal pun takda, memang pencinta kasut hitam bertutup dari dulu lagi. For the new one, welcome!~

LOVELY LACE

Nest stop, Kedai Lovely Lace. Suka kedai ni. Walaupun tak beli apa-apa, tapi suka sangat masuk dan tengok barang-barang dalam kedai ni…Wanginya…semerbak…tentu wangian kasturi di Syurga lagi wangi kan….Sementara di kedai ni, ana lagi banyak bersembang dengan adik tentang seminar yang ana ikuti pada paginya…Kemudian, kami tak beli apa-apa dan keluar kedai..window shopping jer*-* Barang di sini semua mahal dan lagi banyak haajiyat (kehendak) dan tahsiniyyat(perhiasan dan kecantikan) dari dhoruriyat (keperluan).

MPH BOOKSTORES

Next, kami bertapak di MPH. Kedai buku..hmm..memang putih mata lah jadinya..sementara tengok-tengok buku, ana cerita pada adik tentang buku Ketika Cinta Bertasbih… Disebabkan buku tu ada kat display kedai, adik pula tak pernah baca, maka ana ceritakan sinopsis buku tu….Ana memang suka buku tu. Ia sudah memberi kesan mendalam dalam hidup sahabat2 ana. Termasuklah ana, insya Allah. Tapi, ana tak pernah baca lagi. Cuma tahu melalui kisah kawan-kawan. Ana baru tempah buku tu dari kawan ana…Insya Allah, tak sabar nak baca…*-*

Kami beli tiga buku, sebuah untuk adik bongsu ana, Hanisah sebab dia baru habis baca dua buah buku cerita. Dan kami masing-masing juga membeli sebuah buku cerita seorang. Dan ana beli yang tajuknya Kisah Bidadari Syurga.

PASARAYA JUSCO

Tak banyak barang ana beli di sini, kerana ana memilih untuk bersama HPA. Lebih meyakinkan kehalalan dan kebaikannya.

Sabun cuci pinggan mangkuk, sabun, bedak, sabun basuh baju, koko,  teh manjakani, biskut air kordial dan banyak lagi barangan HPA yang ana kira merupakan alternatif terbaik daripada apa yang ana nak beli hari ni..so, tak jadi beli apa-apa, kecuali roti, sponge cuci pinggan mangkuk dan gula-gula. ni semua barang yang HPA takda lagi. Oh ye, nanti ana akan beli coklat HPA…produk terbaru HPA….Hmm..tak sabar nak rasa..

K, insya Allah…

Nampaknya shopping pada hari ini, kurang menarik….pasaraya HPA tentu ada penyelesaian yang terbaik..nanti ana akan ke stokis berhampiran..entah, ana kurang yakin untuk makanan yang dibuat oleh orang bukan Islam ni…HPA pun ada mee sendiri…HPA dah ada terlalu banyak barang dan makanan terbaru…sila rujuk www.hpa.com..

Lepas ni, ana nak cerita apa yang perlu diketahui oleh bakal pengantin..*-*

Insya Allah.

Wallahua’lam.

Suara imanku….

Ya Allah, Kau permudahkanlah kami…

SALAM PERJUANGAN*-*

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ana umumkan bahawa ana akan jadi pembantah utama bagi cadangan untuk membina asrama satu Malaysia. Wahai tuan, ingatlah Allah sedang melihatmu. Kajilah dengan ilmu agama bukan dengan frame of reference secular yang tuan miliki. Usah membawa umat kepada kehancuran.

KUIS bukan lagi ‘ Taman-taman Syurga’ seperti jolokannya sebelum ini. Ia sudah menjadi tempat maksiat bagi kami. Ana tak kisah jika ada sahabat yang baru nak berubah di KUIS, ana faham tu. Perlahan-lahanlah…..Tapi, pada pemerhatian  ana, yang sakit sekarang ni bukan mereka yang nak berubah, tetapi yang memang suka dan kagum dengan dirinya…Allah….sedihnya yang teramat.….tudung singkat, justeru mendedahkan dada dan pinggul kepada umum, bermake-up sakan, seolah-olah nak ke rumah saudara untuk berziarah di hari raya. Memakai pakaian dan wangian yang berlebihan….ana kira antum dah besar, cepatlah matang wahai adik-adik yang dikasihi hanya kerana-Nya.….carilah ilmu…ilmu yang akan mengubah hidup kita.

KOMEN 1

Tak seronoknya asrama baru. Sudahlah air takda. Ingatkah KUIS yuran pelajar yang begitu mahal? Lekaslah selesaikan masalah air. Buka langsir pun tak boleh, sebab bilik ana betul-betul menghadap blok asrama lelaki. Nak ke mana pun keluar bilik perlu bertudung, bila-bila masa pekerja lelaki boleh lalu-lalang. Selamba je, buatlah pengumuman jika nak naik ke atas. Ini tidak, main redah saja. Rumah orang perempuan, mana boleh lelaki masuk tanpa izin. Bersopanlah sedikit kerana kami orang Islam. Siapa punya idea ni semua? Rosak budak-budak. Struktur pembinaan bangunan yang salah. Seperti mana juga dalam pembinaan sebuah rumah, tandasnya perlu dibina pada kedudukan yang tepat, ia tidak boleh dibina dalam keadaan orang yang berhadas itu menghadap kiblat. Begitu juga rumah yang tidak cukup bilik, adik-beradik lelaki dan perempuan sama bilik. Dalam Islam, ini tidak dibenarkan kerana ia akan menyebabkan perbuatan sumbang mahram. Bila membeli rumah, faktor lokasi rumah berhampiran dengan surau dan taman permainan perlu diutamakan. Semua ini mempengaruhi masa depan anak-anak dan keluarga.

Pertama, ana nak komen tentang asrama yang dibina terlalu hampir antara asrama pelajar lelaki dan perempuan. Jika dah ter ‘bina’ disebabkan kontraktor yang  ‘bijak’ dan arkitek yang ‘clever’ serta pentadbiran KUIS yang alpa, leka dan lalai, maka fikirlah apa yang nak dibina sebagai benteng. Ini ada ke patut dibiar sahaja kedua-dua pihak bergelumang dengan dosa. Direct tu boleh nampak apa yang orang di bangunan sana buat. Kalau perempuannya tak malu, berkemban sana-sini selamba, bergayut di tingkap tanpa tudung, pakai pakaian yang menghairahkan lalu-lalang di tangga, yang lelaki apa lagi cuci matalah. Teropong pun ada. Adik-adik di KUIS pula kebanyakannya tak malu. Kurang malu dalam diri. Lagi suka terdedah sana-sini menunjukkan rendahnya harga diri. Maruah umat dihakis dan diselewengkan. Ada fikir tak waktu nak bina dulu? Encik dan cik puan, kami ni orang Islam dan kolej kami pun kolej Islam. Sampai hati buat kami begini. Perangkap kami dalam dosa. Pernah ke terfikir, bahawa adik-adik KUIS ni bukannya semua terdidik dengan ilmu agama. KUIS punya tahap qualification yang sangat rendah akademiknya. Apatah lagi akhlaknya. Adakah di akhirat nanti tuan-tuan dan puan-puan nak tanggung dosa adik-adik saya di KUIS ni? Binalah bangunan dengan perancangan rapi dan teliti. Bawalah berbincang dengan pakar-pakar dalam bidang agama. Semua apa yang kita lakukan dalam hidup ini asasnya tentulah Islam itu sendiri. Semua perkara ada cara lakukannya menurut ajaran Islam. Itu yang Allah suka, itu yang kita buat. Bukan itu yang murah dan mudah, maka itu yang kita ambil.

Ada ke patut kami diperlakukan begini? Di mana akal tuan-tuan dan puan-puan digunakan?  Adakah hanya duit yang terbayang di fikiran tuan-tuan? Andainya tanah ini tidak cukup, binalah bangunan lelaki sahaja, bangunan asrama perempuan perlu dicari tanah tempat lain, maka carilah. Bijak sungguh mengatur sesuatu mengikut telunjuk nafsu. Akibatnya, orang lain yang berdosa. Takpelah, yang dah lepas tu biarlah. Tapi, ambillah pengajaran. Jangan ulang sekali lagi. Ana ulangi, tolong jangan sesekali ulang sekali lagi. Kami ni sebagai kakak-kakak senior banyak manalah sangat kudrat nak mengawal adik-adik di setiap bangunan parcel sampai 5 parcel, satu aras setiap parcel berpuluh-puluh bilik, 11 aras pun ada. Nak kena memantau semua bilik dan ahli biliknya? Ya Allah….ape nak jadi ni… Pula tu, pentadbiran KUIS mengambil pelajar baru tanpa mengambil kira latar belakangnya. Mereka ni ada yang memang tidak pernah diajar ibu bapa untuk merasa malu, bahkan ada yang tidak pernah bertudung, malah ada yang sudah lama tidak bertudung, malah ada yang memang kamcing dengan lelaki hasil didikan sekolah yang bukan-bukan di luar sana yang berorientasikan sekular. Bayangkanlah berapa puluh jenis pendekatan yang diperlukan untuk menguruskan adik-adik yang datang dari keluarga yang berbeza cara didikan dan berbeza latar belakang pendidikan persekolahan. Allahuakbar…Ana mengharapkan sangat semua sahabat saling mendoakan sahabat-sahabat kita dan adik-adik kita yang lain agar diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah. Andainya, semua adik-adik ada ilmu, iman  dan malu dalam diri, maka semua akan senang hati dan sama-sama bahagia. Tapi, yang berlaku adalah sebaliknya, maka ana mohon semua sahabat bersabar dan teguhkan iman dalam diri. Teruskan berdakwah dan berdakwah!!*-*

Sahabat-sahabat seperjuangan ana rayu, tolong jangan berputus asa. Peringatkan adik-adik tentang maruah diri. Peringatkan mereka yang terlupa dan terlalai. Kita lagi-lagilah kena ingat, jangan nak buat lupa pula. Jika kita sendiri tidak menjaga aurat kita, bagaimana adik-adik nak contohi. Ana tahu kita masing-masing punya banyak kelemahan lagi, tapi, adakah kelemahan itu satu halangan untuk berdakwah? Tidak sama sekali. Apa yang ada itulah bekalnya sebagai pendakwah. Ilmu yang sedikit itulah bekalannya walau bagaimanapun sedikit dan seciputnya. Sampaikan pada mereka, kerana ada yang belum tahu…Allahuakbar…ya Allah Kau permudahkanlah kami..sambil-sambil tu, kita sendiri masing-masing perlu memperbaiki diri dan saling top-up sesama kita.Insya Allah.

KOMEN 2

Tudung. Meringankan sangat sesuatu yang memang ringan, inilah akibatnya. Pakailah adik-adik apa yang nak dipakai tapi ingatlah Allah Maha Melihat. Kenapa adik-adik perlu malu dengan akak. Menyorok bila bertembung dengan akak. Akak bukan Tuhan. Tuhan kita Allah. Adik-adik tentu tahu. Tapi mungkin adik-adik belum tahu…mari akak ingatkan di sini.. Tak perlu menyorok bila bertembung dengan akak, sebaliknya sepanjang adik-adik berjalan, diri adik-adik terdedah dan diratahi lelaki dari kepala (dengan tudung yang jarang menampakkan rambut dan leher yang jinjang) sampai ke kaki yang tidak berstoking, adik berdosa dengan Allah. Tak perlu adik-adik malu dengan akak, tiada nilainya. Malulah pada lelaki yang seronok melihat bahagian tubuh adik-adik. Akak hanya menangis dalam hati andai tidak mampu menegur adik-adik…fikirlah, dik…dah besar, ..umur adik-adik ni, jika malas belajar dah lama dikahwinkan …anak pun dah dua,tiga….kalau masih nak belajar, jagalah kehormatan diri…kita ada akaun dosa dan pahala..jangan lupa dik….

Kakak-kakak diamkan aja, bukan bermakna merelakan..Cuma memberi peluang adik-adik untuk melihat suasana baru. Janganlah pula diam kami dijadikan isyarat bahawa pakaian dan sikap adik-adik adalah baik belaka. Usah pula bertempik sakan seolah-olah adik-adiklah raja di KUIS ini, boleh membuat sesuka rasa. Hilang malu, hilanglah akhlak mulia..Sekali lagi akak ingatkan adik-adik, adik-adik benci atau suka akak terpulang, tapi adik-adik mesti menutup aurat, tudung mesti menutupi dada. Itu adalah pra syarat dalam al-Qur’an dalam surah al-Ahzab: ayat 59. Tudung tu syaratnya, tidak boleh jarang dan mesti menutupi dada dari depan, belakang dan tepi. Ukuran menutupi dada dari tepi, adalah hingga ke siku. Jangan berlebih-lebih memijak hukum Allah, dik…Jika adik-adik bertanya adik akak yang bongsu berumur 7 tahun pun dia tahu. Matanglah sikit adik-adik, jangan longgarkan sangat prinsip dan nilai hidup. Usah menjadi manusia yang hina di dunia dan hina di akhirat. Akak dan sahabat-sahabat akak jenuh mengeluh, tapi apakan daya, dalam satu perjalanan ke kelas,berapa orang adik perlu kami tegur tudungnya. Adik-adik dah besar kan, kenapa tudung tu singkat sangat, nak tunjuk siapa dada adik-adik? Agak-agak kalau nasi lemak yang terdedah dan bertutup, adik-adik akan beli yang mana? Ingat tak adik-adik beri jawapan pada akak, adik-adik nak beli yang bertutup kan? Ingat tak masa minggu ta’aruf? Kenapa? Sebab nasi lemak yang terdedah sudah dihinggapi lalat. Dah dicemari dan mungkin sekali dah disentuh semua yang datang nak membeli. Sebaliknya yang bertutup tentu belum disentuh. Begitulah perumpamaan wanita yang berpakaian menutup aurat dan yang terdedah.

Jika adik-adik membuka aurat kerana panas, adik-adik ingatlah nikmat Syurga seperti yang Allah ceritakan dalam al-Qur’an bagi orang-orang yang taat perintah Allah. Dan adik-adik juga perlulah ingat azab di neraka Allah yang jauh lebih panas lagi. Kat dalam bilik kan kita boleh buka tudung, kenapa nak berpanas sedikit pun tak sanggup? Lagipun, adik-adik tak sejuk ke terbuka dan terdedah sana-sini, tak rasa rimas ke bila tudung terselak sana-sini? Jika adik-adik memakai tudung-tudung yang singkat dan jarang untuk menarik perhatian lelaki, maka rugilah adik-adik. Kerana seorang lelaki yang baik tidak akan terpikat pada wanita yang sudah menjadi ratahan dan bekas jatuhnya pandangan lelaki lain. Mungkin mereka memandang adik-adik dan terpesona, tetapi ia hanyalah untuk suka-suka dan untuk menikmati hidangan yang adik-adik hidangkan pada mereka (iaitu aurat adik-adik). Tetapi, bila mereka ingin mencari calon isteri, yang bertutup dan solehah juga yang menjadi pilihan. Walaupun takdir Allah jika mereka tidak baik, mereka tidak akan mampu memiliki yang baik. Allah sudah berjanji di dalam al-Qur’an bahawa wanita yang baik untukl lelaki yang baik. Dalam Surah an-Nur: ayat ke 25. Oleh itu, jika adik-adik mendedahkan aurat, adik-adik akan dapat seorang suami yang mendedahkan aurat juga. iaitu mereka yang berseluar pendek semasa bersukan hingga atas dari lutut dan mereka yang suka memakai baju yang terbuka butang atau yang sleeveless (tidak berlengan). Caturannya mudah, bak kata seorang ustaz, yang terbuka sana-sini akan suka yang terbuka sana-sini juga. Mereka akan rasa yang itu sesuai untuk mereka dan mereka selesa dengannya. maksudnya di sini, yang terdedah pada khalayak umum akan dapat pasangan yang suka terdedah pada khalayak juga. Oleh itu, adik-adik, dalam nak membentuk diri menjadi solehah dan berimpikan suami yang soleh dan berhasratkan mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah, maka adik-adik mestilah bermula dari langkah pertama dalam memperbaiki diri. Adik-adik yang suka memperkecilkan diri dan menganggap diri tidak perlu berubah kerana dosa banyak hanya akan merugikan diri. Sebaliknya, apa yang dah lepas, biarlah lepas. Apa yang penting adalah masa sekarang dan masa depan adik-adik. Fikirlah, dik…

KOMEN 3

Cafeteria di asrama especially dah jadi tempat maksiat. Rimas kami ke sana, rasa macam ia adalah tempat membuatkan otak jadi serabut dan kepala jadi pusing sebab tengok perangai adik-adik yang berlebih-lebihan menanggalkan malu daripada diri. Nak membeli makanan pun rasa macam mata ini perlu ditutup untuk menjaga hati dan mengawal suara iman yang peka dan sensitif pada masalah umat.

Akak tak kisah jika adik-adik berbincang secara serius tentang pelajaran. Asalkan ada mahram (kawan perempuan) di sisi adik-adik semasa berbincang dengan lelaki. Tetapi, apa yang akak lihat, adik-adik bukan berbincang pelajaran sebaliknya sakan berborak sambil makan-makan. Adik, sakit hati akak-akak tengok adik-adik begitu memurahkan diri bergaul manja dengan lelaki. Adik-adik selalu memandang betul perbuatan adik-adik, tahukah adik-adik hinanya seorang perempuan itu bila malu ditanggalkan dari dirinya? Tahukah adik-adik….tahukah adik-adik..terhirisnya hati kakak-kakak melihatkan adiknya mendedahkan aurat sewenangnya justeru bergurau manja dan selesa benar dengan lelaki-lelaki yang adik-adik senangi…..Akak nak menegur satu meja, meja yang sana juga perlu ditegur, tiba-tiba meja di ceruk pun perlu ditegur. Sakannya adik-adik bermaharajalela, tanpa mengira dosa dan pahala yang sedang menimbunkan diri dalam akaun adik-adik. Adik-adik ada rasa bertuhan dalam diri, kan? Jika ada, hayatilah rasa itu…rasailah bahawa andainya adik-adik tidak melihat Allah, rasakanlah bahawa Allah melihat adik-adik…malulah pada Allah, dik…

Adik-adik yang akak kasihi, dunia ini bukan untuk kita melakukan segalanya sesuka hati kita….Itu beza kita dengan penganut agama lain. Kita ada Allah iaitu Tuhan kita. Dia yang menjadikan kita. Dari tiada kepada ada dan dari air mani yang hina menjadi manusia yang sempurna. Maka mengapa berbantah? Allah juga sudah memberikan al-Qur’an untuk berdamping dengan kita, mengingat dan menegur segala salah silap kita di dunia. Maka, mengapa tidak diaplikasikan ilmu yang diperolehi. Perlukah akak menyumbatkan ilmu pada adik-adik, sedangkan adik-adik tutup mulut. Tidak, adik-adik yang perlu mencari dan mengkaji ilmu-ilmu di sekitar hidup adik-adik. Jadilah mahasiswa yang peka dengan isu semasa dan sensitif dengan segala soal hidup di dunia.

Adik-adik perlu kenal bahawa diri adik-adik adalah seorang Muslim, hamba kepada Allah dan anak kepada hamba Allah. Seorang hamba perlu mengikut ketetapan dari tuannya. Tuan kita adalah Tuhan kita iaitu Allah. Seorang hamba tidak boleh membuat sesuatu sesuka rasa….Kerana ia tertakluk pada undang-undang dari Tuhannya. Kerana ganjaran Syurga hanya untuk orang Islam. Oleh itu, untuk mendapat ganjaran perlulah mencapai satu tahap. Tahap itu perlu dicapai untuk mendapat ganjaran. Sifirnya mudah. Syurga untuk yang beramal seperti ahli Syurga. Hanya lakukan apa yang disukai Tuhannya. Wahai Allah, aku mencintai-Mu, cintailah adik-adikku di seluruh dunia. Mereka adalah buah hatiku. Bantulah kami untuk membantu mereka. Ya Allah teguhkanlah iman di hati kami. Aamiin ya Rob.

“Ya Muqollibal quluub, thabbit qulubana ‘ala dinik wa ‘ala tho’atik.”

“Wahai Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agama-Mu dan dalam ketaatan kepada-Mu.”

Adik-adik kak…..tuntutlah ilmu …

Dengannya adik akan tahu siapa diri dik dan apa tanggungjawab adik-adik sebagai Muslimah, Mukminah dan Mujahidah.…..

Wallahua’lam.

 

 

 

Sebab dah pernah

Assalamualaikum wrt wbt…………….

Salam jihad dan perjuangan!!!*-* Ehehe…

Rindu la plak kat blog ni…huhu..tak da peluang nak bercerite…sebuk sokmo teman nih

Apa khabar kawan-kawan? Mesti kawan-kawan semua sehat dan ceria selalu. Insya Allah.

NGAPE TAK DEKAN?

Arini nak sharing something ngan para pembaca. Sebelum tu, nak cerita, ana baru tengok result ana dan alhamdulillah ana dapat 3.46. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Ngape tak dekan?”Seorang sahabat ana bertanya. Sahabat ana memaksudkan anugerah dekan(3.50).

Ana tersenyum sendiri. “ Takpe, Alhamdulillah”. Ana tersandar. Agak tak sangka soalan itu ditujukan pada ana. Setahu ana sahabat ana sangat mengerti kesibukan ana. Punyelah yang lain menyuruh ana bersyukur kerana sesibuk2 ana terbang sana-sini, tertunggang terbalik, tapi dapat result cam tu. Ana patut bersyukur.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah…Sangat Alhamdulillah ya Allah. Berkati semua pengorbanan mak dan ayah, para pensyarah dan sahabat-sahabat yang sangat banyak memberi sokongan dan bersabar.

Betapa Allah mengetahui bagaimana ‘struggle’nya ana berjuang untuk belajar sambil berdakwah sambil berniaga sambil berpolitik dalam masa empat bulan. Segala-galanya perlu diatur rapi dan teliti.

Punye sibuknya sepanjang semester, ana pun tak tahu bila ana study. Alhamdulillah minat. Minat yang membuatkan ana bersungguh-sungguh untuk memahami apa yang ana belajar. Manakan tidak, semua subjek semester ini sangat berkait rapat dengan politik.. itu yang ana suke tu.. Subjek Perlembagaan Malaysia, subjek Undang2 Jenayah Islam, subjek Undang2 Jenayah dan subjek Undang2 Islam dan Masyarakat dan subjek Maqosid as-Syari’ah semuanya bersangkut paut dengan perjuangan kita semua dalam memartabatkan Islam di Malaysia. Minat tu pun perlu dipupuk. Ana kira jika ana gagal mendapatkan keputusan yang baik, mungkin bermakna ana tidak mampu membawa subjek perundangan ini.

Ana respect sangat2 pada sahabat2 yang berjuang dan berkorban banyak masanya demi Islam, tapi pointernya meletup-letup! Fuiyo! Tabik spring! Tahniah dan semoga rahmat Allah bersamamu selalu. Tapi, kepada sahabat-sahabat yang pointernya jatuh merudum, ana nasihatkan perlahankan gerak kerja dan berikan ruang yang lebih sedikit untuk pelajaran. Bukan apa, ia akan melibatkan soal perjuangan Islam di masa depan. Seimbangkan, ok?

SEBAB DAH PERNAH…

Alhamdulillah, setelah lama bertafakur dan mentadabbur alam dan kehidupan di dalamnya semenjak dua menjak ni, mengenali manusia yang pelbagai latar belakang…ana rasa ada sesuatu yang sangat kuat dalam diri ini yang menguasai pemikiran dan mengubah persepsi ana dalam kehidupan. Ya, ana dah lama nak berbicara tentang ni, tapi ana perlukan masa untuk menyusun bicara dan meng’ clear’ kan diri tentang tasawwurnya secara keseluruhan setakat kemampuan ana..fuh…ayat berjela2…

Keyakinan dalam diri. Keyakinan terbentuk dari pengalaman dan ilmu. Ya, sebab dah pernah rasa ini dan itu dan dah pernah tahu dan belajar ini dan itu, menyebabkan pandangan dan keyakinan diri seseorang dalam aspek hidupnya berubah.

Tahukah kawan-kawan kenapa seseorang berperangai begini dan begini? Kenapa sikap seseorang begini dan begini? Kenapa pakaian seseorang begini dan begitu? Kenapa orang ni buat kerja yang bagi kita kerja gila dan tidak masuk akal? Kenapa orang ni sanggup buat ini dan itu? Kenapa dan mengapa ya?

Ya. Sebab dah pernah…

Sebab dah pernah membaca di buku atau belajar dari ustaz tentang dosa meninggalkan solat, menyebabkan seseorang itu menjadikan solat 5 waktu sebagai rutin hidupnya. Maka, beliau beria-ia mengajak orang lain melengkapkan solat 5 waktu. Kerana takutnya dia pada azab Allah.

Sebab dah pernah melihat ibunya tidak pernah mengendahkan solat, menyebabkan seseorang itu tidak peduli, jika dalam sehari ia langsung tidak solat. Ia tidak takut langsung meninggalkan solat apatah lagi bila ia malas membaca buku agama dan tidak mendapat pendidikan agama sedari kecil.

Sebab dah pernah dimarah dan dirotan kerana mencuri, menyebabkan seseorang itu tidak akan mencuri lagi.

Sebab dah pernah mencuri duit orang dan tidak dimarah menyebabkan seseorang itu dengan selamba mencuri dan menggunakan harta orang lain dengan sewenangnya. Baginya ia tidak salah.

Sebab dah pernah kemalangan maka ia begitu berhati-hati memandu dan sangat takut jika orang lain memandu laju. Kerana satu masa dulu pernah kereta yang dipandunya terpusing 360 darjah berkali-kali di lebuh raya hingga hampir mengorbankan nyawa dirinya dan orang lain.

Sebab dah pernah berkali-kali memandu laju tapi selamat menyebabkan seseorang itu masih degil untuk memandu laju kerana baginya tidak ada apa-apa akan berlaku padanya. Hanya kemalangan akan membuatkan ia sedar dan ilmu yang tinggi untuk mengawal rasa hatinya.

Sebab dah pernah rasa kegagalan menyebabkan seseorang itu berusaha dengan gigih untuk membaiki masa depannya. Sebab ia sudah rasa peritnya kegagalan dan sakitnya cemuhan dan kesan pada hidupnya akibat kegagalan itu. Ini membuatkan ia bangkit kembali dan pantang gagal lagi. Sebab dah rasa sakitnya erti kegagalan.

Sebab dah pernah berjaya dengan mudah dengan cara menipu dan meniru dalam kelas dan dewan exam, menyebabkan seseorang itu ambil endah tak endah tentang pelajarannya. Baginya, tak perlu belajar susah-susah, esok boleh tiru kawan dan berbincang semasa exam.

Sebab dah pernah belajar bahawa berkat pada rezeki itu hilang jika meniru dalam exam dan sijil atau result yang diperolehi hasil meniru adalah tidak halal hinggalah ke alam pekerjaan dan dalam menyara anak beranak di masa depan. Itu yang menyebabkan ia tak mungkin meniru dalam exam walaupun peluang terbuka luas selalu. Kerana berkat dalam hidup yang terlalu penting baginya.

Sebab dah pernah melihat ibunya melayan neneknya dengan layanan tidak baik dan biadap, menyebabkan ia juga berkelakuan buruk kepada ibunya kesan pemerhatiannya.

Sebab dah pernah melihat gigihnya ibunya menjaga neneknya yang sudah tua dan sakit tanpa sebarang kekasaran, menyebabkan dia begitu berhati-hati dengan ibunya dan sangat menjaga hati ibunya.

Sebab dah pernah jatuh semasa kecil di jalan raya akibat kunci kereta tidak berkunci, menyebabkan ia sangat teliti untuk memastikan pintu kereta ditutup rapat dan berkunci dengan baik setiap kali di dalam kereta.

Sebab dah pernah dirogol waktu kecil oleh jiran tetangga menyebabkan seseorang itu sangat berdendam dengan lelaki dan membenci lelaki. Beliau perlu dibimbing dan disibukkan dengan perkara lain supaya ia melupakan zaman silamnya.

Sebab dah pernah diliwat oleh guru di asrama semasa kecil menyebabkan seseorang itu berusaha untuk melakukan pada adiknya. Beliau perlu diberi kaunseling dan diterangkan dengan perlahan-lahan tentang perbuatan gurunya itu dan menjelaskan bahawa ia salah.

Sebab dah pernah dirogol abangnya menyebabkan seseorang itu sangat ketagih dan ingin melakukan perbuatan yang sama kepada sesama perempuan. Akibatnya ia terlibat dengan gejala lesbian. Beliau perlu diasingkan asrama dan perlu diberi kaunseling dan ditingkatkan keyakinan diri untuk meneruskan hidup.

Sebab dah pernah jatuh motor dengan dahsyatnya menyebabkan seseorang itu tidak mahu memandu motor lagi. Jika perlu mempelajari memandu motor juga, perlu ditingkatkan keyakinan diri dan fobianya perlu disingkirkan.

Sebab dah pernah baca tentang bahayanya fitnah kesan pendedahan wajah pada lelaki dan kerana malu yang sangat tinggi akibat membaca tentang maksud yang tersirat di sebalik pipi, hidung, bibir dan seluruh wajahnya menyebabkan seseorang wanita berpurdah. Walaupun ia tidak tahu hukum. Oleh itu, perlahan-lahan mengajarkannya tentang hokum berpurdah kerana barangkali ia belum tahu.

Sebab dah pernah kaji secara mendalam tentang hukum berpurdah menyebabkan seseorang itu terus istiqomah berpurdah. Walaupun banyak tentangan dari pelbagai pihak. Kerana sokongan dari para guru dan buku tentang pendapat ulama’ yang telah difahami secara mendalam.

Sebab dah pernah melihat orang yang berpurdah berperangai buruk, seseorang itu sangat tidak suka dengan orang yang memakai purdah. Walaupun beliau tidak kenal. Namun disebabkan perangai beberapa orang menyebabkan ia langsung menghukum yang lain berperangai sama. Oleh itu, beliau perlu dibimbing dan perlu belajar bersahabat dengan mereka yang berpurdah. Persepsi perlu diubah, walaupun ia sukar.

Sebab dah pernah melihat gerak kerja sahabat-sahabatnya yang sangat mantap dalam berorganisasi menyebabkan seseorang itu memberi kepercayaan pada sahabat-sahabatnya tanpa mengambil kira sama ada ia berpurdah atau tidak, walaupun ada yang mengatakan purdah ini mengganggu dakwah. Kerana yakin teraturnya gerak kerja kawan-kawannya berdasarkan pengalaman bekerja yang lepas.

Sebab dah pernah mempelajari tentang dakwah dan mengetahui bahawa aspek dakwah pada diri seseorang terletak pada tiga iaitu ilmu, pakaian dan akhlak pendakwah, maka menyebabkan seseorang itu terus juga berpurdah walaupun ada yang mengatakan bahawa purdahnya akan membantutkan gerak kerja dakwah.

Sebab dah pernah melihat ibunya dizalimi ayahnya sewaktu kecil menyebabkan seseorang itu sangat fobia dengan perkahwinan. Beliau perlu dibukakan mindanya dan diperjelaskan bahawa bukan semua lelaki bersikap yang sama.

Sebab dah pernah melihat derita dan terseksanya kanak-kanak dan masyarakat Palestin dalam video dan pelbagai buku, membuatkan seseorang itu tekun memboikot barangan yahudi dan Israel tanpa mengambil kira pujukan dan hasutan orang lain walaupun keluarga dan kawan.

Sebab dah pernah membaca buku-buku tentang mangsa ISA yang dizalimi dan diseksa, serta mengenali dan pernah berjumpa sendiri dengan mangsa, menyebabkan ribuan menyokong pemansuhan akta ISA ini. Walaupun tekanan dari pihak kerajaan untuk para penyokong Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) adalah membahayakan dirinya. Namun, kerana dahsyatnya kesan dari kezaliman menyebabkan ia berani menentang akta ini.

Sebab dah pernah melihat ibunya dibunuh kejam oleh rejim zionis menyebabkan kanak-kanak kecil Palestin membesar dengan perasaan berkobar-kobar untuk membela Islam biarpun nyawa menjadi taruhan.

Sebab dah pernah didedahkan dengan cerita-cerita tidak bermoral dari kecil lagi dan merasa terganggu pemikiran menyebabkan seseorang itu membenci televisyen dan bila dewasa tidak akan ada televisyen di rumahnya kerana tidak mahu merosakkan pemikiran anaknya.

Sebab dah pernah belajar dan tahu bahawa orang yang suka membaca al-Qur’an ini akan terang kuburnya nanti dan ia akan ditemani al-Qur’an selama ia di kubur. Maka ia suka sangat membaca al-Qur’an di mana-mana. Ia tidak pernah malu walaupun baca dalam train dan di mana sahaja al-Qur’an menjadi teman pendampingnya.

Sebab dah pernah mendapat didikan dan tarbiyah yang baik daripada penyokong dan pendokong kuat PAS, menyebabkan seseorang itu sentiasa berterusan membantu PAS untuk memartabatkan Islam di Malaysia, walaupun masa, tenaga dan harta menjadi taruhan. Kerana ia begitu menghargai pengorbanan pendidik dalam PAS yang telah memberi tahu kepadanya tentang erti hidup ini dan mengubah dirinya kepada seorang yang lebih baik.

Sebab dah pernah tahu bahawa besarnya dosa tidak menutup aurat dan bahawa ia akan dibakar di neraka Allah akibat dari rambut yang didedahkan di khalayak, menyebabkankan seseorang itu memakai tudung dan bertahan mempertahankan tudungnya walaupun ditohmah dan dihina kawan-kawan. Maka ia bersabar dan bersabar kerana lagi takut dengan dosa dan kemurkaan Allah yang Maha Berkuasa.

Sebab dah pernah hanyut dalam cinta manusia yang melalaikan menyebabkan seseorang itu rasa sia-sia dan berubah arah cintanya kepada Allah. Ia dah pernah merasakan terseksanya hidup kerana jauh dari kasih sayang Allah, menyebabkan ia bertaubat dan sukar sekali bercinta lagi melainkan dengan pasangan yang halal yang telah dinikahinya.

Sebab dah pernah melihat perubahan pada adik-adik yang dibimbingnya kepada Islam menyebabkan seseorang itu terus-terusan membawa adik-adik lain kepada Islam. Kerana yakin dan tahunya ia bahawa hati-hati yang lembut ini akan tertawan pada Islam yang sungguh indah lagi damai. Sebab itu ia tidak pernah berputus asa.

Sebab dah pernah rasa manisnya cinta hingga ia mabuk cinta menyebabkan seseorang cukup marah bila ia disuruh menjauhi maksiat kerana baginya pasangannya itu terlalu membahagiakannya, langsung tidak peduli azab Allah yang menantinya.

Sebab dah pernah dimarah-marah menyebabkan seseorang itu tidak mahu memberi pandangan dalam meeting lagi kerana takut dan kecutnya ia bila dimarah dan ditegur. Sedangkan ia tahu idea dan pandangannya akan berguna untuk islam. Sebab itulah dalam meeting hanya segelintir yang bersuara kerana takutnya pandangannya tidak diterima.

Sebab dah pernah pandangannya membawa satu gagasan baru dan tahu bahawa pandangannya penting untuk Islam, maka seseorang itu tidak putus asa memberikan pandangan yang bernas walaupun dalam banyak meeting kadangkala pandangannya tidak diterima. Baginya itu lumrah dalam perbincangan. Kepentingan umat Islam lebih utama baginya.

Sebab dah pernah membaca tentang nikmat Syurga seperti yang diceritakan dalam al-Qur’an dan buku-buku agama, menyebabkan seseorang itu berjuang dan berkorban untuk Islam tanpa pernah mengeluh dan pantang sekali berputus asa. Baginya putus asa tiada dalam kamus hidupnya kerana ia mendambakan Syurga yang begitu indah yang dijanjikan untuk orang yang beriman dan melakukan semua yang diperintahkan Allah.

Sebab dah pernah tahu bahawa apa yang ditulis di dalam blog berguna dan bermanfaat untuk orang lain menyebabkan ia tidak putus asa menyampaikan pemikiran dan ilmunya.

Orait , kawan-kawan cukup di sini.

Apa-apa pun sebab dah pernah…

Bersama kita belajar untuk memahami orang lain…k *-* Belajar untuk difahami dan belajar untuk menggunakan pelbagai cara dalam berdakwah.

Salam setanggi Syurga yang kurindu…

Wallahua’lam.

 

 

~.: Mak dan Ayah :.~

Mak dan ayah yang dirindui..

Anakmu ini sering teringat dirimu…

Namun apakan daya diriku..

Ke utara selatan mengejar redha Tuhanku…….

 

Mak dan ayah yang dikasihi..

Saatku ke kolej meninggalkanmu..

Ku sering berjanji akan kembali

Kutahu tarikh yang kujangka untuk kembali

Namun sering aral melintang

Dan aku masih di sini

 

Mak dan ayah..

Anakmu ini terlalu ingin kembali..

Apakan daya cuti yang ditunggu

Aku masih di kolej

Hasrat bersamamu semakin jauh

Kini kuliah bakal bermula…..

 

Mak dan ayah

Cukuplah keredhaanmu mengiringi perjuanganku

Kerelaanmu melepaskanku untuk berjuang

Adalah terlalu berharga buatku

Infaklah diriku terus-terusan untuk Islam

Moga pahala buatku mengalir sama untukmu

Mereka terlalu memerlukan diriku

Lebih dari keseronokan dunia mereka

Mereka lebih memerlukan huluran tanganku

Lebih dari wang ringgit

 

 

Mak dan ayah

Aku terlalu mengharap redha dan kasihmu

Hanya doa mampu kuuntai untukmu…

Moga benarlah janji Allah

Syurga buatmu….mak dan ayah….

 

 

Mak dan ayah…

Apa lagi harus kulakukan..

Dunia begitu kejam dan zalim..

Tidak..

Manusia yang kejam dan zalim..

Apakan dayaku mengejar bahagia bersamamu…

Saat insan lain di sekelilingku dizalimi

Hanya Allah yang tahu betapa deritanya mereka

Izinkan aku mengurangkan beban yang tertanggung

 

Mak dan ayah

Cinta dan kasih sayang kita

Bukan pada kerap pertemuan

Tapi pada ikatan hati

Dalam cinta-Nya

 

Mak dan ayah

Doakan anakmu

Bahagia dunia dan akhirat

Moga Syurgalah kerehatan buat kita

Dan bahagia kekal abadi buat kita di sana

 

Ya Allah

Mak dan ayahku terlalu bererti untukku

Rahmati mereka berdua dan ampunkan dosa mereka semuanya

Cintai mereka dengan sedalamnya

Tempatkan mereka bersama Rasulullah s.a.w di Syurga nanti.

Kurniakan sebaik-baik iman di hati mereka.

Cintailah kecintaanku wahai Allah…..

Aku bersyukur pada-Mu untuk segalanya

 

 

“Teguhkanlah iman dalam diri

Moga dikau akan merasai…..

Betapa indah nikmat Ilahi…

Dan yakin kau akan dirahmati………………

 

Harus kau percaya dengan pasti

Dunia tidak kekal abadi

Hanya menguji jernihnya hati

Sebagai khalifah yang sejati….”

 

-Petikan Nasyid Hijjaz: Debu-debu Dosa-

Wallahua’lam.

Andai ku dikerat, pasti darahku hijau..huhu *-*

 

PAS for ALL, love Islam, love PAS..

Assalamualaikum wrt wbt,

Adik-adik baru..yea! Selamat datang, wajah bersih, bercahaya penuh harapan dan cinta!!…..

Untukmu adik-adik baru, Ahlan wa Sahlan wa marhaban bikum, selamat datang dik!

Lewat malam semalam baru meeting untuk Fasilitator Ta’aruf Week ( Minggu Suai Kenal) tamat, wah, tak sabar dari semalam lagi, nak jumpe adik-adik baru, pasti macam-macam watak dan gaya, pelbagai kerenah dan ragam….cam aku dulu-dulu gak….kan?

Geram dengan KUIS tak bermakna aku geram dengan adik-adik….buruk-buruk si KUIS ni, ia tetap kolej kesayanganku, manakan tidak, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu.

Tapi, sayang-sayang pada KUIS tak bermakna aku harus menutup mulut untuk semua kelakuannya. Jika salah dari pandangan Islam, maka ia tetap salah, walau macam mana cintanya pun aku kat kolej kesayanganku ni.

Gerak langkahmu

Memikat hati

Lirik senyummu

Manis sekali

Namun kini aku menyedari

Ia adalah ranjau berduri..

Yang semestinya aku lalui

Untuk menguji iman di hati

Setinggi mana ketaqwaan

Sekuat mana keimanan

Janganlah kau cuba menggoda diriku

Membuang waktu dan tenagamu

Cintaku hanya cinta abadi

Cinta ALLAH

Allahu Robbi

Lagu ni sesuai untuk KUIS. Ditujukan untuk semua hiasan dunia yang menggoda.

KUIS lawa, cantik, landskapnya punyelah menariknya…tapi sayang, biah Islamnya terhakis sedikit demi sedikit.

Kenapa?

Kenapa?

Kenapa marah dengan KUIS? Mestilah sebab ia nak capai taraf university, namun tak jaga banyak perkara. Pakai sumbat je banyak-banyak student, semata-mata nak cukup syarat untuk naik taraf. Sesuka ati jer. Lecturer pun pakai ambil je ikut kualiti akademik, tanpa mengambil kira sahsiah dan ketaqwaan. Penting tuh aspek iman dan amal ni. Lecturer adalah tauladan untuk student. Pakai pakaian terdedah dan tidak sopan, nak mengajar pelajar macam mana…alahai…basic tuh…bawa2 lah berpikir…(bercakap dalam nada emosi, tapi masih rasional)

Ingat, tanggungjawab pihak pentadbiran sebagai pemimpin, bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan terbaik sesuai dengan yuran banyak yang dibayar oleh pelajar.

Dan ingat, di mana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung.

Tak kisah jika sejuta pelajar KUIS nak ambil. Aku pun pungutan je.

Tapi, biarlah ada rasa tanggungjawab untuk mentarbiyah dengan acuan Islam.

Kami ni sebagai kakak senior punya banyak lagi adik untuk ditarbiyah, jika nak tambah biarlah bersesuaian dengan kemampuan kami. Lagi satu, jika kami membantu kenalkan adik-adik pada Islam, usah disekat, usah dihalang.

Pendakwah adalah manusia yang menyeru manusia lain kepada Islam. Hmm…….bukan semua orang sanggup dan kuat nak buat kerja dakwah ni. Walaupun ia kewajipan kita semua..Oleh itu, kasihanilah kami dan usah bebankan lebih2 eh…..tq for ur understanding. .

Kepada sahabat-sahabatku pendakwah yang dikasihi lagi disegani..

 Belajar, belajar jugak, dakwah jangan tinggal. Dakwah, dakwah juga, belajar jangan kantoi, k…

Sebab belajar pun untuk tolong Islam di masa depan. So, take care both of them.

Akademik yang PERTAMA, Perjuangan yang UTAMA.

 

Ok, always be positive and keep dreaming.!!*-*

Chayo!chayo!

 

Darah Muda…!!Ergh!!! Usah disekat usah dihalang, tapi pimpinlah ia.

Wallahua’lam.

Kata-kata cinta

Dear diary, al-Khomis, 15 Oct 2009

Tuhan….lemahnya diriku…………

Allah..pedihnyer….

Ya Allah, sukarnya menahan lapar

Ku mendongak ke langit………………………….Allah………

Air mata ini mengalir mengharap belas-Nya..ya Allah, mengapa aku begitu lemah…Allah…

Liatnya hamba-Mu ni nak berpuasa sunat. Adakah amalanku di Ramadhan hanyalah mainan yang tidak membekaskan kesan di hatiku..Allah…kuatkan aku..tinggal berbaki 4 hari lagi Syawal..

Sayangnya, telah dijanjikan pahala berpuasa sepanjang tahun bagi siapa yang berpuasa di Bulan Ramadhan dan 6 hari di Bulan Syawal….adakah aku terpilih…?

Program Induksi untuk Fasilitator Ta’aruf sepanjang hari, ditambah dengan makanan yang disediakan tahap mewah sarapan, tengahari dan petang nanti…Allahu Robbi…..Kuatkan aku……

Butir-butir cinta air mataku mengalir perlahan…..teringat semua yang Kau beri untukku….Begitu sukar sekali menghabiskan puasa sunat 6 hari di Bulan Syawal..Ya Allah, tinggal lagi 3 hari yang masih kurang….Wahai nafsu, mengapa sering kau berikan alasan….mengapa kau begitu lemah…..

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini

Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Mengapa mudahnya nak tergoda dengan makanan yang dihidangkan….ya Allah…..sabarlah wahai diri…usah kau beralasan lagi….pukul 11 pagi mesti nak sakit perut…aku tahu diriku ada gastrik, tapi apalah sangat gastrik biasa aje..sedarlah diri, bila kau berbuka puasa kerana nafsu yang memujuk, pasti kaulah yang menyesal sepanjang hari…ya Allah aku tak mahu lagi ditipu nafsu…

Bertahanlah wahai diriku…..

Wahai tangan, aku tahu puasa ni puasa sunat….tapi inilah benteng dari godaan duniawi…tolong jangan kau mudah mengambil pinggan dan mengambil makanan…..tolonglah untuk kali ni……..please…Syawal dah nak abes nih..tolonglah…

Wahai kaki, usahlah kau melangkah ke tempat kawan-kawan makan…walaupun ajakan mereka menggoda dirimu……tundukkanlah matamu, usah melihat seronoknya mereka menjamu selera….tolonglah wahai diriku, usah kau menjadi hamba nafsumu…..

Wahai mata, longgarkanlah urat matamu…lebihkan memejam dan memandang ke bumi..tanah tempat kau memijak…tanah yang kau pijak itu…ya, kau berasal hanya dari tanah..ingatlah pada Tuhan-Mu..ingatlah bahawa dirimu telah puas merasai makanan………….wahai diriku…bertahanlah

Wahai perut, usah kau berkeroncong hebat..aku tahu dari semalam kau belum menjamah nasi…tapi, ingatlah sekejap sahaja lagi…nanti berbuka, kita makanlah nasi….ada lagi beberapa jam saja lagi…Tolonglah…bertahanlah…Hayati…u can do it!! Trust me! ALLAHUAKBAR!

Muhasabah Cinta
Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati


Pertemukan aku denganMu

Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Alhamdulillah….Allah….indahnya saat berbuka puasa….esok aku nak puasa lagi…kuatkan aku..esok pasti lebih mencabar…lusa lagi2 mencabar…..Allah kuatkan aku, bersemangatlah wahai diri ke sana dan ke sini berjuang menegakkan kalimah Allah, walau kau berpuasa..chayo! Chayo!

Al-Tirmizi meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda,

“ Tuhanku menawarkan untuk menjadikan Batha Makkah menjadi emas untukku. Namun aku berkata: “ Tidak, wahai Tuhan. Akan tetapi (aku meminta) lapar satu hari dan kenyang satu hari. Jika aku lapar aku mengingati dan meratap kepada-Mu. Jika aku kenyang, aku memuji dan bersyukur kepada-Mu.””

Tentu lebih2 lagi gembira saat bertemu-Mu..ya Allah, terima kasih Allah, I love You! Love U so much!

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu…

Sukarnya mendidik diri menjadi insan bertaqwa. Ya Allah terima kasih kerana memilihku untuk berpuasa sunat 6 hari di Bulan Syawal. Moga ia titik pemula kepada puasa sunat lain sepanjang tahun yang kucintai terutama puasa pada hari Isnin dan Khamis.

Aku tahu diri ini begitu lemah dengan godaan duniawi. Moga puasa adalah wasilah mendekatkan aku kepada-Mu…..

Terimalah amal kami ya Allah

Taqqobalallahu minkum

Minna wa minkum taqabbal ya Kariim…

Wallahua’lam.

Salam penghormatan dan kasih sayang buat umat Islam sedunia.

Assalamualaikum wrt wbt,

Oleh kerana jiran sebelah baru meninggal dunia pagi tadi, Nurul Hayati jadi takda mood dan nak cerita pendek je hari ni..Buatmu teman, moga bermanfaat..

“Ingatlah orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya”

Pada suatu hari, seorang tukang kayu yang sudah agak tua meluahkan hasrat hatinya untuk berhenti kerja. Bosnya yang bernama Ahmad terasa begitu berat hati untuk melepaskannya pergi. Tukang kayu ingin menghabiskan sisa hidupnya bersama isteri dan anak cucunya yang ramai.

Ahmad memanggil tukang kayu dan berkata padanya.” Saya minta awak membina rumah untuk yang terakhir kalinya. Anggaplah ia permintaan saya yang terakhir”. Tukang kayu pun bersetuju.

Tukang kayu yang sudah tidak mempunyai mood untuk bekerja hanya membuat sambil lewa dan main-main. Rumah yang dibina tidak seperti yang pernah dibinanya selama ini. Tukang kayu hanya menggunakan bahan mentah yang murah dan kualiti kerjanya juga kelihatan merosot. Tukang kayu sudah mula membayangkan berehat-rehat di rumahnya. Fikirannya tidak fokus pada tugas yang diberi.

Tidak berapa lama kemudian, rumah itupun siap dibina. Tukang kayu dan bosnya yang bernama Ahmad pergi melihat rumah itu dan Ahmad pun menyerahkan kunci rumah kepada tukang kayu. Ahmad berkata: “ Nah, rumah ini adalah hadiah saya untuk awak. Anggaplah ia penghormatan saya kepada awak di atas komitmen awak selama ini”. Tukang kayu tergamam dan dia pengsan. Tukang kayu sangat menyesal. Jika tahu itu bakal rumahnya, pasti ia membinanya dengan sehabis baik.

” Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Kesimpulannya, setiap apa yang kita lakukan, hasilnya adalah untuk kita. Jika buruk hasil kerja kita, maka kitalah yang akan mendapat tempiasnya. Namun, jika baik usaha kita, kita juga yang beroleh hasilnya.

Begitulah dunia. Setiap amal kita jika dilakukan main-main dan tidak khusyuk serta tidak ikhlas kepada Allah, maka amalan itu akan menjadi sia-sia. Syurga yang diimpikan, namun usaha main-main untuk menuju ke sana hanya membawa padah dan kerugian kepada diri sendiri. Akibatnya, orang yang malas untuk beramal di dunia hanya menggigit jari melihat orang lain bahagia dalam mahligai masing-masing dan dikelilingi bidadari-bidadari Syurga yang jelita.

Wallahua’lam.*-*

Older Posts »