Melihat Tetapi Tidak Nampak *-*
November 10, 2009 by srikandiumar
Kesedaran mahasiswa semakin meningkat.
Assalamualaikum para blogger dan pembaca yang dipilih Allah untuk diberikan hidayah-Nya…
Salam Tarbiyah dan Mujahadah! *-*
Tak best, kan? Takpe, ni isu umat. Perlu dikupas walaupun tak best.
Mereka menangis kerana menyedari tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Momentum suara mahasiswa dari GMS telah menggegarkan seluruh jiwa dan raga seluruh mahasiswa kampus untuk bangkit dari lamunan.
Pihak pengurusan kelam kabut.
Pihak MPM jadi tidak keruan.
Pihak pensyarah sayu.
Pihak mahasiswa terpinga-pinga.
Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) telah berjaya menyedarkan mahasiswa.
Mereka yang selesa dalam kepompongnya sendiri, kini turut sama bersuara membela sahabat-sahabat yang tertindas.
Ya, selama ini mereka melihat. Tapi, tidak nampak.
Dengan kuasa Allah, GMS telah menyuntik kesedaran di hati banyak pihak.
Alhamdulillah. Tahniah GMS!
Gerakan Mahasiswa Sedar terus bersemangat membela mereka yang tertindas.
Ada beberapa perkara yang dapat dirumuskan dari Himpunan Siswa (HIMSIS) yang diadakan pada pukul 9.20 malam semalam.
HIMSIS
- Pihak pengurusan tidak telus dengan pelajar. Jika telus, bagaimana memorandum dari GMS berada di tangan MPM? Memorandum itu untuk pengurusan bukannya untuk mahasiswa setaraf.
- Permintaan yang hanya memberi impak keduniaan diberikan sewenangnya, tanpa mengambil kira faktor lain. Contoh, permintaan televisyen untuk menonton bola sepak semalam, dengan berbesar hatinya pihak KUIS bersetuju atas cadangan dan akan menunaikan hasrat mahasiswa. Sempat tak agaknya, mereka berfikir dan bermesyuarat sebelum berjanji yang bukan-bukan untuk mahasiswa.
- Provokasi dari pihak KUIS hanya bertujuan menakut-nakutkan pelajar. Semalam, pihak KUIS mengumumkan bahawa penarikan biasiswa, dan pembatalan praktikal untuk penyokong GMS hanyalah provokasi dan ia tidak pernah berlaku. Pihak GMS pula berjanji dengan penuh yakin untuk menyediakan barisan peguam yang akan membela mahasiswa yang menjadi mangsa provokasi murahan ini andainya ia benar-benar berlaku.
- Mahasiswa terlalu mudah terikut-ikut dengan doktrin dan pengaruh pensyarah, apatah lagi mahasiswa yang tidak pernah cakna dengan isu kampus dan dunia. Mereka seperti lalang yang tidak ada pendirian. Mudah dicocok dan dipengaruhi oleh pelbagai sentimen dan ideologi.
- Ada mahasiswa yang terlampau mementingkan diri masing-masing tanpa memikirkan nasib sahabat lain yang tertindas. Buktinya, apabila diugut untuk di’usik’ kepentingan peribadi mereka, langsung mereka berpaling tadah daripada pendirian mereka membela sahabat-sahabat yang tertindas seperti yang diperjuangkan GMS.
- Para pendokong GMS mendapat banyak SMSdari penyokong agar membela hak mereka. Pendokong GMS berjaya membuktikan kebenaran semalam apabila mereka tidak mudah diperkotak-katikkan sewenangnya oleh penentang.
- Pihak pensyarah yang bersedih tentang GMS yang mengatakan mereka makan gaji haram, seharusnya sedar selepas ini bahawa itu hanyalah fitnah semata-mata. Pihak GMS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian. Kesedihan dan kekecewaan pensyarah kepada GMS tidak berasas dan tanpa kajian teliti. Bahkan ada pensyarah yang tidak redha dengan ilmu mereka yang dicurahkan kepada pendokong GMS. Sampai begitu sekali? Sesungguhnya keredhoan pensyarah itu tiada nilainya apabila yang melukakan hati mereka adalah fitnah semata-mata terhadap GMS. Allah Maha Mengetahui.
- Pertemuan pihak GMS dengan Exco Selangor telah membuktikan kesungguhan GMS. Bahkan, Exco Selangor juga meragui yuran KUIS. Di mana ketelusan KUIS dalam hal ini?
- GMS tetap bersama pendiriannya yang optimis bahawa yuran KUIS akan turun. Buktinya yuran untuk wireless telah dihapuskan seperti yang diumumkan semalam. Ini sudah satu kejayaan kecil GMS! Banyak lagi akan dikurangkan nanti. Ayuh, tunggu dan lihat!
Jom, dari mahasiswa untuk mahasiswa!!*-*~
Bersatu menurunkan yuran!
BANGKIT! BANGKIT!
BANGKIT MAHASISWA!
TURUN! TURUN!
TURUN YURAN!
Untukmu GMS ku, Allahu ma’ana.
Perjuangan itu perit kerana Syurga itu manis.
Yakinlah akan janji-Nya.
Nurul Hayati optimis bersamamu selagi al-Qur’an dan as-Sunnah panduanmu, oh GMS!
Wahai adik-beradikku pendokong GMS, usah gentar!
Kepada adik-adik, kakak-kakak mahasiswi dan seluruh mahasiswa yang kuhormati, fikirlah secara rasional. Untuk apa GMS bersusah-payah, kalau bukan untuk membela nasib saudara mahasiswa yang lainnya.
Oleh itu, ayuh, bersama mendokong hasrat GMS!
Sedarlah, wahai hamba Allah di pihak pengurusan KUIS, soal tarbiyah di KUIS pun tidak pernah dicakna, untuk apa soal tindakan terhadap GMS nak disibuk-sibukkan.
Pak guard dan warga pengurusan ke sana-ke mari sibuk mencari penyokong GMS hingga ke lubang cacing. Tapi, bila mahasiswa terlibat dengan maksiat, tiada yang peduli!
Fikirlah, ke mana perginya pengurusan di saat pelajar KUIS :
- Merokok
- Menonton video lucah
- Bermandi-manda di kolam awam di Vista Seri Putra dengan mendedahkan aurat
- Siswa tidak Solat Jumaat
- Jenayah seksual (pelacuran dan perzinaan)
- Ikhtilat berleluasa
- Pendedahan aurat berleluasa
- Meninggalkan solat
- Penglibatan dengan dadah
Di mana pihak KUIS dalam menyelesaikan masalah tarbiyah di atas? Banyak lagi sebenarnya, tapi, tidak mampu dinyatakan kesemuanya.
Usah mengarut!
Bangga dengan pencapaian untuk menaik taraf sebagai Universiti, tapi masalah tarbiyah tidak dipandang serius!
Bangga hasilkan graduan ‘Universiti’ tapi runtuh akhlak dan moral!
Bangga hasilkan graduan yang mudah mendapat kerja, tapi jumud pemikiran dan akan dibuang kerja tidak sampai sebulan!
Sedarlah!
Bangunlah dari lenamu.
Bangkitlah dari lamunanmu.
Keluarlah dari tempurungmu.
Bersama kita melihat dunia dengan mata hati seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Wahai Allah, kami berserah diri pada-Mu.
Wallahua’lam.











