Tanpa Kompromi!
November 9, 2009 by srikandiumar
Assalamualaikum wrt wbt……
Mahasiswa bukan budak tadika.
Bukan pintaku. Tapi ia adalah kehendak Tuhanku
Pihak kolej pelik dengan kami.
Seolah-olahnya kami tidak reti untuk bersyukur.
Seolah-olah kami ni manusia yang tidak redha.
Seolah-olah kami ni datang ke kolej untuk menjerit2 macam orang gila.
Perhimpunan aman untuk turunkan harga yuran, hari Jumaat lepas telah membuka mata pelbagai pihak. Mereka yang dulunya mengangguk, kini menggeleng.
Kerana bersyukur kepada Allah lah kami bangkit menentang pihak kolej.
Fikirlah, hayatilah dan renungilah. Kemudian, kaji dan tafsirkan apa yang cuba ana sampaikan di sini.
Begini, mereka sangka kami budak mentah yang hanya ikut emosi darah muda.
Kami pula berpendapat mereka terlalu mementingkan dunia.
Mengapa? Kerana kami bersama rakyat (mahasiswa) yang ditindas. Kami bukan macam orang lain yang merelakan atau me’redha’kan harga yuran yang tinggi. Tapi, kami adalah pejuang Islam. Pejuang Islam membela kebenaran.
Huh, poyo!
Ya, poyo, kan? Katalah, apa pun.
Bukan ana ikut kehendak, sebaliknya ikut keperluan sahabat-sahabat ana iaitu mahasiswa lainnya. Jika ikutkan ana, ana tak perlu buat begini. Mampu dan tidak bermasalah untuk segalanya. Tapi, ana punya hati dan perasaan. Sahabat2 tertindas tanpa pembelaan.
Begitu juga isu ISA, isu rasuah, isu jenayah yang berleluasa dan yang lainnya. Mereka yang tidak bersalah dihukum tanpa pembicaraan. Ana bukan mangsa ISA, bukan juga mangsa kekejaman dan jenayah. Tapi, kerana kesedaran yang Allah suntikkan dalam hati ana. Maka, ana bangkit menentang.
Kata orang, ” Kak, kita perlukan akta ISA untuk penjarakan yang betul-betul jahat”
Mudah bibir berbicara. Bagaimana mereka dikatakan jahat? Sedangkan belum ada perbicaraan dan pembuktian. Islam mengharamkan ini.
ZALIM, SAH ANIAYA!
Manakan tidak, sekalipun mereka pengganas Komunis, wajib dibicarakan. Sekalipun tertuduh adalah Perogol Bersiri dan Pembunuh Misteri, wajib dibicarakan. Ditahan untuk sementara waktu kes disiasat, tidaklah mengapa. Tapi, soalnya, ditahan bertahun-tahun tanpa pembicaraan, adalah kerja GILA!
Bukan ana tidak tahu kolej telah banyak berjasa. Malah, kolej juga menyambut baik ana di saat ana sayu meninggalkan dunia perubatan. Mengubah haluan hidup sebagai pelajar Syariah pula. Bukan terhutang budi hingga membetulkan semua yang salah. Sekalipun berbudi, yang salah tetap salah. Yang betul mengikut syariat tetap betul.
Bukan ana tidak mahu menjadi pelajar biasa. Masuk ke kelas, melihat pensyarah dan mendengar dengan teliti, keluar kelas terus ke library, balik hostel bawa nasi bungkus, makan dan kemudian tidur. Bangun tidur, solat, wat assignment dan study group. Tidur awal dan bangun awal, ke kelas sekali lagi. Hanya solat, makan, belajar dan tidur. Pergi program dan suka duduk di masjid. Hidup hanya untuk dirinya.
Rutin ini adalah rutin hidup ana. Semester 1 Diploma Syariah 2004.
Tapi, itu dulu dan bukannya sekarang. Satu masa dulu, beginilah hidup ana, sebelum Allah memilih ana untuk memperjuangkan agama-Nya.
Ana bukan lagi Nurul Hayati yang dulu. Bersyukur untuk semuanya, redha untuk segalanya. Salah dan betul semuanya ana hanya mengangguk. Ana sudah matang. Bukan mahu menjadi penentang, cukuplah mampu bersuara untuk mempertahankan agama dan mengembalikan hak mereka yang tertindas. Apa gunanya ana mempelajari undang-undang, jika undang-undang Allah ana pijak-pijak dan bakul sampahkan? Apa gunanya ana belajar Syariah iaitu hukum-hakam agama ana tercinta iaitu Islam, jika ana sendiri menolak tepi segala yang ana pelajari?
Memilih untuk mengamalkan apa yang ana sukai dan apa yang orang lain senangi bukanlah cara ana. Sebaliknya, memilih apa yang Allah suka itulah ana.
Sorry, you’ve got the wrong person.
Ini Mujahidah Nurul Hayati, sentiasa menyebelahi Tuhannya dalam apa keadaan. Sama ada hukum-hakam, cara hidup dan pandangannya tentang kehidupan.
Ana berdiri di sini sebagai blogger hanya untuk menyatakan kebenaran. Biarpun ilmu ana cetek, tapi ia mampu mengetuk hati yang lemah, melembutkan hati yang keras dan merendahkan hati yang ego.
Begini, pihak kolej harus sedar bahawa mahasiswa bukan budak tadika. Ana juga mahasiswa. Berfikir dalam konteks dewasa. Jika ana berfikiran macam budak tadika, tidaklah ana di sini.
Ya, ana mahasiswa. Mahasiswa bukannya orang suruhan, bukannya kuli dan bukan hamba. Ana akui ana hamba, tapi hanya untuk Tuhan ana iaitu Allah. Ya, hanya Allah berhak menyuruh ana itu dan ini dan ana tidak boleh berbantah walau sedikit akan peraturan dan undang-undang yang terpakai ke atas ana.
Pihak kolej pula tidak begitu. Jika pihak kolej meminta membuat sesuatu yang bersalahan dengan apa yang Allah suruh ana lakukan, maka ana wajib menentang, malah ana tidak perlu menuruti kemahuan pihak kolej itu. Begitu juga, jika pihak kolej melakukan sesuatu bertentangan dengan agama, maka wajib ana menentang pihak kolej.
Begitulah ana. Sebagai anak masih lagi hamba kepada Allah. Sebagai kakak masih lagi hamba kepada Allah. Sebagai adik masih lagi hamba kepada Allah. Sebagai teman, masih lagi hamba kepada Allah. Sebagai pelajar masih lagi hamba kepada Allah dan sebagai pelanggan kepada pihak kolej atau pengguna, ana masih tidak lari dari menjadi hamba Allah. Walau di mana saja dan bila-bila masa ana tetap hamba Allah. Subhanallah, tiada keraguan pada-Mu.
Dari ana dijadikan dari sperma dalam air mani yang hina yang bercantum dengan ovum dalam ovari hinggalah ana dimatikan hingga reput tanpa secebis pun yang kekal hinggalah ana dihidupkan semula dan dimasukkan ke neraka untuk dibalas akan dosa-dosa ana dan ke Syurga akhirnya dan kekal dalam Syurga untuk selama-lamanya, semuanya ana masih bertitle-kan hamba kepada Allah iaitu Pencipta diri ana. Oleh itu, ana tetap begini untuk selamanya, tidak pernah wujud sesaat pun ana lari dari title sebagai hamba Allah. Oleh itu, menjadi kewajipan ana untuk taat segala perintah-Nya.
Taat segala suruhan-Nya tanpa kompromi!
Ya, begitulah..*-* Insya Allah.
Ihfazillaha yahfazka.
Jagai Allah (ikut segala perintah-Nya), nescaya Dia menjagaimu.
Wallahua’lam.











